Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 1 Ogos 2013

VIDEO PANAS:LATIFAH KOYA KATA PENGKID PENGHINA AGAMA ISLAM TAK SALAH BASUH KAKI ANJING DALAM UCAPAN SELAMAT HARI RAYA??

Latheefa bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan Maznah

PETALING JAYA: Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd Yusof, 38, disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

Latheefa bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan Maznah iaitu seorang pelatih anjing.(tak salah ker basuh kaki anjing tu dengan air ,habis tak payah samak terus dia pulak mengambil wuduk,nampak tak latifah koya ini dah dikira menghina Islam kerana dalam ucapn hari rya siap berlatar belakang kan takbir raya sekali,dah jelas hukumnya)

Maznah, yang juga dikenali sebagai Chetz, mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.

Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada
Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.

 

 

Tiada ulasan: