Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 22 April 2014

AMARAN GUAN ENG PADA PAS BAHAWA PATUHI PERJANJIAN MEREKA DULU BAHAWA MEREKA TOLAK HUDUD ?


LIM GUAN ENG MENGINGATKAN PAS TIADA HUDUD !!!
KUALA  LUMPUR – Guan Eng yang merupakan antara golongan paling di takuti oleh sekutunya dalam Pakatan sudah mula cuba menghina Pas buat sekian kali nya dengan memberi peringatan tiada Hudud dan mengingatkan tiada Negara Islam dalam dasar pakatan

Seperti yang kita sedia maklum puak perosak Negara ini dengan selamba tidak mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam dan yang pm paling pelik mengapa Pas sanggup lagi bersekutu dengan mereka

Jika kita hendak kata Kafir sememangnya menolak Hudud itu memang berkemungkinan akan tetapi suara mejoriti dalam Pakatan selama ini jelas berpihak kepada Dap itu kita memang sedia maklum dan ini amat berbeza dengan Barisan Nasional jadi jelasnya menyokong pas ibarat merosakkan nama baik agama kita jadi renung renungkan lah pada sahabat pm baca kenyataan Guan Eng yang berani menghina Ps dibawah.

DAP tidak akan pernah bersetuju dengan rancangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia tidak pernah dipersetujui ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR),sebelum ini kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendekatan berhati-hati mengenai pendirian partinya PKR dalam isu hudud, DAP pula lebih “berterus-terang” tidak akan setuju undang-undang itu dilaksanakan.
Menurut Guan Eng, ketiga-tiga parti komponen dalam PR jelas tidak pernah membincangkan soal hudud mahupun negara Islam, sebaliknya semua parti bersetuju dalam soal dasar bersama seperti membanteras rasuah, memastikan urus tadbir yang baik, mewujudkan kedaulatan undang-undang dan keadilan, memastikan kemakmuran ekonomi dikongsi secara saksama dengan rakyat dan tidak hanya dinikmati oleh kroni.
“Pendirian PR tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah. Di bawah PR, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar.
“Memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaan hudud, isu sokongan PR terhadap hudud tidak berbangkit,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas berakhirnya upacara penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh, Penasihat DAP yang paling lantang menolak cadangan Pas untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Menurut Guan Eng, manifesto pilihan raya 2008 dan 2013 PR juga tidak memuatkan pelaksanaan hudud ataupun penubuhan negara Islam, malah ia turut dipersetujui semua parti komponen PAS, PKR dan DAP.
“Semua parti komponen boleh mematuhi objektif masing-masing dalam rangka demokrasi, namun keutamaan dan fokus harus diberikan kepada dasar bersama PR,” katanya.
Guan Eng berkata, pendirian PR turut dipertegaskan semula oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berkata, “model dan pelaksanaan hudud yang bakal diguna pakai oleh kerajaan negeri Kelantan perlu difahami terlebih dahulu sebelum PR mengambil keputusan bersama untuk mempersetujuinya.”
Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menyatakan kesediaannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya pada 2015 dan akan membentangkan undang-undang berkenaan di Parlimen.
Meskipun menerima bantahan keras daripada pemimpin bukan beragama Islam dari DAP dan Barisan Nasional (BN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan negeri Kelantan sudah melalui proses demokratik sepenuhnya sebelum memutuskan untuk membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat mengenai undang-undang jenayah Syariah termasuk hudud.
Beliau berkata, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan undang-undang berkenaan, ia melalui proses yang betul dan mengikut amalan demokrasi.
Tan Sri Annuar Musa turut menyatakan kesediaan membantu mendapatkan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan akan melobi ahli Parlimen Umno untuk menyokong pembentangan rang udang-undang persendirian kerajaan Kelantan di Parlimen.
Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, sebahagian besar daripada 88 pemimpin Umno di Parlimen akan menyokong pembentangan tersebut di Parlimen.
Isu hudud berlarutan sejak sekian lama, sebelum penubuhan PR apabila PAS Kelantan pada 1993 meluluskan enakmen berkenaan undang-undang Syariah.
Sejak itu, isu berkenaan turut menjadi perdebatan hangat dalam kalangan ahli Parlimen dari BN dan PR, serta dijadikan senjata politik dalam Pilihan Raya Umum 2013 lalu.

Tiada ulasan: