Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Memaparkan catatan dengan label MUHYIDDIN YASSIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUHYIDDIN YASSIN. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Oktober 2013

#PRKSGLIMAU -Sekolah pondok dijadikan sekolah bantuan kerajaan Peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR)

Muhyiddin dalam Program Ramah Mesra Bersama Imam, Guru-Guru Kelas Al-Quran dan Penduduk Sungai Dedap di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap, Sungai Limau dekat sini hari ini 
Seperti kebiasaannya pemimpin parti pakatan pembangkang apabila bajet Belanjawan dikeluarkan pasti tiada satupun komen serta kenyataan memuji diberikan pada kerajaan 
Akan tetapi rakyat perlu bijak berfikir dan jangan mudah terpedaya dengan mainan Pembangkang,nama pun pembangkang mestilah kaki bangkang tak gitu dan dalam pemrhatian admin semalam bajet yang dikeluarkan kerjaan semalam adalah bertepatan dan banyak membantu golongan sasar dengan pendidikan mendapat bilangan peruntukan terbesar,
Peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 semalam, membuktikan kesungguhan kerajaan membangunkan sistem pendidikan Islam, termasuk sekolah pondok.

Admin amat menyokong penuh usaha untuk menjadikan sekolah pondok sebagai sekolah bantuan kerajaan kerana dapat memertabat dan memperkasakan islam di malaysia
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyokong penuh usaha untuk menjadikan sekolah pondok sebagai sekolah bantuan kerajaan  Tahniah  Menteri Pendidikan dari admin
Menurut Beliau lagi "Saya sokong 100 peratus sekolah pondok dijadikan sekolah bantuan kerajaan untuk kukuhkan institusi pendidikan Islam kita,” katanya pada Program Ramah Mesra Bersama Imam, Guru-Guru Kelas Al-Quran dan Penduduk Sungai Dedap di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap, Sungai Limau dekat sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata, semua usaha membangunkan sistem pendidikan, termasuk pendidikan Islam, dilaksanakan kerana kerajaan mahu melihat rakyat negara ini menjadi manusia berjaya di dunia dan akhirat.
Tambahnya, peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 semalam, membuktikan kesungguhan kerajaan membangunkan sistem pendidikan Islam, termasuk sekolah pondok.
Muhyiddin berkata, selain itu kerajaan juga membuka peluang seluas-luasnya kepada pendidikan Islam dibangunkan di negara in

Selasa, 17 September 2013

TPM:DEMI ISLAM UMNO SEDIA TERIMA PAS BERSATU

Demi kebaikan bangsa Melayu dan umat Islam, UMNO terbuka untuk bekerjasama dengan Pas, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak itu sebenarnya telah disarankan banyak pemimpin Islam.
Allah SWT berfirman…
“… ………………………………………………dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu…? 
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[QS. 24 – An Nuur : 22]
 
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
[QS. 3 – Ali Imran : 159]


Mudah-mudahan bermanfaat…Semoga PAS dan UMNO saling bermaafan demi memertabat Islam tercinta Amin.....
 
semoga kita saling maaf memaafi sesama Islam bye Assalamualaikum semua saudara se Islam ku...
"Ini sesuatu yang perlu kita teliti (kerana), banyak gesaan dari kalangan pemimpin politik Islam yang mahu melihat kenapa tidak UMNO dan Pas bekerjasama untuk manfaat umat Islam.

"Bagi UMNO, tiada masalah di pihak kami terhadap saranan Pas dan UMNO bekerjasama demi kebaikan umat Islam ini," katanya semasa menjawab soalan yang dibangkitkan pelajar mengenai perpaduan umat Islam dalam sesi dialog di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak dekat sini.

Beliau juga mengakui betapa pentingnya bagi sesebuah negara Islam untuk bersatu kerana mereka masih berdepan dengan banyak cabaran.

Muhyiddin berkata, persefahaman antara kedua-dua parti dari segi dasarnya boleh menyatukan orang Melayu dan umat Islam ke tahap yang kebanyakan orang ingin saksikan.

"Untuk bekerjasama sebagai satu pasukan, kita perlu memahami satu sama lain, banyak benda yang perlu dilakukan, tetapi jika berjaya, banyak lagi yang boleh dilaksanakan," katanya.

Muhyiddin berkata, banyak yang telah dilakukan untuk orang Melayu atau umat Islam dan berkembang maju, tetapi beliau bersetuju, ia masih belum mencapai tahap sebenar yang diinginkan kerajaan.

"Sebab itu kenapa kita bercakap mengenai kestabilan politik untuk maju lagi.

Perasaan tidak selamat, (dan) ketidakstabilan tidak baik untuk negara, dan kita perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah kita," katanya.