Dimanakah sifat yang patut diteladani oleh golongan yang bergelar Muslimah atau Muslimat Pas bayangkan mereka sanggup membaling batu-bata kepada seorang wanita hanya kerana mahu menunjukkan kononnya merekalah samseng Upahan PAS Sungai Limau.
TRANSLATE
Memaparkan catatan dengan label #PRKSGLIMAU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #PRKSGLIMAU. Papar semua catatan
Isnin, 4 November 2013
KEPUTUSAN TAK RASMI BN MENDAHALUI KIRAAN UNDI PTG INI DI #PRKSGLIMAU
![]() |
YAN - Polis melarang sama sekali sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan mana-mana parti selepas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau diumumkan malam ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis akan mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi bagi memastikan tiada penyokong parti melakukan perarakan.
"Larangan ini adalah bagi mengelakkan berlaku sebarang provokasi dan risiko kemalangan jalan raya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.
#PRKSUNGAILIMAU :PAS SUDAH MELANGGAR KETETAPAN SPR CUBA BUAT PROVOKASI PADA PENYOKONG BN
Hari ini bermulalah hari penentuan hala tuju rakyat Dun Sg Limau apakah masih kekal mundur dibawah Adun Pas atau akan dijadikan perkampungan angkat Negeri Kedah dan suasana di lokasi2 mengundi boleh dianggap kurang menyenangkan akibat Provokasi2 yang di khabarkan memang benar berlaku
Sebelum ini Admin @PM ada dikhabarkan bahawa Pas akan turun mengundi Awal dan cuba memenuhkan bahu bahu jalan dengan kereta serta khemah2 untuk sengaja menyesakkan jalan agar penyokong BN yang lama mengundi membatalkan niat mengundi kerana tidak sanggup menunggu lama didalam kesesakan lalu lintas.
Walaupun ditegaskan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pondok atau barong panas tidak dibenarkan pada hari pengundian namun penyokong Pas seakan tidak takut dengan saranan pihak Spr dan jelas ia mengganggu lalu lintas dan nampaknya penyokong Pas juga masih berkempin seakan akan tidak takut dengan tindakan tata tertib
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Moh Yusof pada sidang media semalam, sudah berulang kali menegaskan bahawa pondok-pondok parti hanya dibenarkan pada hari kempen sahaja.
"Kewujudan pondok panas walaupun menggunakan payung yang boleh ditafsirkan sebagai tempat berkumpul penyokong parti adalab salah disisi undang-undang,"katanya.
Sementara itu di beberapa pusat pengundian terdapat juga pihak yang berkempen atau dikenali sebagai "peraih undi".Ini sudah menjadi satu kesalahan juga.
![]() |
| SUMBER GAMBAR BUKTI DI PETIK DARI- SH |
#PRKSUNGAILIMAU -SUASAN PENGUNDIAN PAGI INI !!! KECOH KE ?
Para pengundi mula memenuhi pusat mengundi sejak 7 pagi manakala Kedua-dua calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau selesai mengundi pagi ini.
Calon Barisan Nasional (BN) Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dan isteri mengundi di
Sekolah Kebangsaan Dulang di sini pada 8.47 pagi manakala Mohd. Azam Abd. Samat daripada Pas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar pukul 8.30 pagi.
Sehingga 9 pagi ini, perjalanan PRK lancar dengan polis mengawal lalu lintas
di 17 pusat mengundi dan kawasan sekitarnya.
Proses pengundian bagi PRK Dun Sungai Limau sehingga jam 10 pagi tadi berjalan lancar.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah peratusan keluar mengundi sehingga 10 pagi ialah 30.4 peratus iaitu seramai 4,210 orang.
Jumlah pemilih berdaftar bagi Dun Sungai Limau ialah 27,222.
Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 53, bertanding melawan calon Pas Mohd Azam Samat, 37, dalam pertandingan satu lawan satu.
Pemenang bagi PRK ini akan menggantikan bekas meri bentesar Kedah, Tan Sri Azizan Razak yang meninggal pada 26 September lalu.
Kerusi Dun Sungai Limau dimenangi Pas sejak 1995.

#PRKSGLIMAU SAMSENG UPAHAN DITANGKAP POLIS GARA GARA GANTUNG REPLIKA KAKI TERPOTONG DI KEMPEN SG LIMAU ?
Seperti kata pepatah, doa orang yang teraniya akan segera dimakbulkan Allah swt. Hasil maklumat orang kampung, semalam dilaporkan satu tangkapan telah dibuat terhadap 2 orang lelaki Melayu kerana disyaki sedang menggantungkan satu lagi patung kaki di kampung Batu 16.
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, jentera kempen Pas yang dilihat begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan replika patung kaki sebagai usaha untuk menimbulkan kemarahan pengundi di Sungai Limau
Paling menarik, apabila disiasat kedua-dua suspek tersebut adalah merupakan ahli Pas dari kawasan Pokok Sena. Bagi mengelakkan mereka terus dibelasah oleh penduduk kampung yang berang atas tindakan yang dilakukan itu, pihak polis terpaksa mententeramkan keadaan dengan menahan kedua-duanya.
#PRKSGLIMAU - 17 pusat mengundi dibuka Bermula jam 8 pagi
YAN - Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Dun Sungai Limau dibuka bermula pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 27,222 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil Dun itu.
Pusat-pusat mengundi itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Buloh; SK Sungai Dedap; Sekolah Menengah Agama Nahdzah; SK Bukit Besar; SK Simpang Tiga Sungai Daun; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Min; SK Haji Kassim Jasin; SK Sungai Daun Tengah; SK Sungai Limau; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau.
SK Sungai Kering; SK Ulu Sedaka; SMK Batu 17, Padang Lumat; SK Padang Lumat; SJKC Pei Hwa Batu 17, Gurun; SK Dulang dan SMK Dulang.
Semua pusat pengundian akan ditutup pada 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat. Kerusi Dun Sungai Limau kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak 1995.
Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas, Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi dalam pertandingan empat penjuru.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor berkata lebih 90 peratus pengundi dijangka keluar mengundi hari ini, berbanding 89 peratus pada PRU13.
Beliau berkata kadar peratusan yang positif itu berdasarkan kepada semangat yang dilihat sepanjang tempoh berkempen yang berkonsepkan kekeluargaan.

Ahad, 3 November 2013
#PRKSGLIMAU :PAS SUNGGUH TERDESAK UNTUK MENANG SEHINGGAKAN HUKUM ISLAM PUN DISALAH GUNA DENGAN MENDOAKAN KEHANCURAN SERTA MENGKAFIRKAN SESAMA UMAT ?
![]() |
| Apakah hukum mengkafirkan serta mndoakan kehancuran sesama Umat Islam tanpa hak ? |
"Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."Soalan : Apakah hukum mengkafirkan sesama Umat Islam tanpa hak ?
Jawapan : Dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam Tabrani dalam al Mu'jam al Kabir jilid 8 halaman 152 dari Abi Darda', Abi Umamah, Watsilah bin al Asqa' dan Anas bin Malik, RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam menjelaskan golongan yang selamat sebenarnya adalah tidak mengkafirkan ahli kiblat iaitu sabdanya yang bererti :
Tinggalkan perbantahan kerana sesunguhnya Bani Isra'il telah berpecah menjadi 71 golongan dan orang-orang Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, semuanya sesat kecuali as Sawadul A'zhom. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah sawadhul a'zhom itu?
Nabi menjawab : mereka adalah orang-orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid sebab dosa yang sudah diampuni oleh ALlah. Kemudian Nabi bersabda :
Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan nanti akan kembali asing. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah orang-orang asing itu? Nabi menjawab : Mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan dikala orang-orang berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli Tauhid dengan sebab dosa yang telah dia lakukan.
Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :
"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "
Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :
Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.
(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).
Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :
"Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."
Sabtu, 2 November 2013
#PRKSGLIMAU -PAS TERDESAK MAHU MENANG PRK SUNGAI LIMAU KALI INI MEREKA BERTINDAK ZALIM PADA WARIS ARWAH UST AZIZAN
Bayangkanlah sampai macam ni punya teruk cara mereka hendak menang dalam PRK SG LIMAU dengan motif hendak memburuk burukkan Umno diletakkan replika patung sebelah kaki nya telah dipotong,apakah mereka tidak ada belas kasihan pada waris arwah dengan sindiran ituApa dosa Allahyarham Ustaz Azizan kepada mereka orang PAS hingga sanggup mereka berbuat seperti itu?
Kebencian mereka terhadap Allahyarham Ustaz Azizan sejak dulu nampaknya masih tidak terpada dan kini kumpulan dalam PAS yang menentang Ustaz Azizan dulu kembali dengan menggunakan “Kaki Yang DiPotong” akibat kencing manis sebagai senjata untuk menentang dan menjatuhkan Calon BN.
Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal kepada PAS yang sanggup meninbulkan perbalahan sesame umat Islam hanya kerana mahu memenagi pilihanraya kecil ini.untuk cerita selanjutnya sila klick DISINI untuk maklumat penuh serta beberapa gambar lagi.
#BeraniHijrah
#KedahAManMakmur
#NadiRakyatMalaysia
Jumaat, 1 November 2013
#PRKSGLIMAU - PAS DAH TAK ADA MODAL NAK MENANG SEHINGGAKAN BERKOPIAH PUN DIJADIKAN ISU
Berat kenyataan yang dilemparkan lidah rasmi harakah ini menampakkan kejahilan mereka sehinggakan berkopiah dianggap mestinya ahli Pas walhal berkopiah sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang sejak dulu tampa mengira fahaman politik,malah admin sendiri pun sering memakai kopiah jadi tidak timbul berkopiah hanya untuk orang orang Pas
Harakahdaily.net hari ini mengkritik Calon BN bagi DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi yang memakai kopiah putih sebagai meniru cara pemakaian dan kempen dari parti PAS. Laporan itu turut menekankan kopiah putih hanya sinonim dengan parti PAS.
Harakahdaily memperlekehkan calon Barisan Nasional (BN) apabila mengatakan Dr. Ahmad Sohaimi Lazim tidak sepatutnya memakai kopiah berwarna putih untuk bertanding dalam PRK kawasan itu yang bakal berlangsung pada Isnin depan, 4 November 2013. Bagi Harakahdaily, hanya ahli PAS dan calon PAS sahaja yang layak memakai kopiah putih memandangkan mereka adalah bertaraf ulamak.
“Sepanduk dan papan iklan calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang dipasang di sekitar kawasan PRK Dun Sungai Limau sebahagiannya memaparkan foto beliau dengan kopiah atau ketayap putih.
Imej Dr Ahmad dengan kopiah putih ini menghiasi sepanduk dan papan iklan bertemakan “Berani Hijrah” bagi menyaingi tema “Kekal” calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.” Dipetik dari laporan Harakahdaily.net.
PAS juga mempersoalkan tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memakai kopiah putih ketika menunaikan solat di beberapa buah masjid sekitar Sungai Limau baru-baru ini.BACAAN SETERUSNYA
Rabu, 30 Oktober 2013
#PRKSGLIMAU -USTAZ KAZIM DI UGUT
SUNGAI LIMAU - Apa sudah jadi dan dimanakah nilai kemanusiaan hingga sanggup mengugut dan membunuh kerana politik.
Ustaz Kazim Elias telah diugut ketika hendak memberi ceramah dalam program Malam Kesenian Islam yang berlangsung di RTC Sungai Limau Luar malam tadi.
Kerana terdesak mahu memenangkan parti mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan niat mereka tercapai.BACA SETERUSNYA UNTUK BUKTI SELANJUTNYA DI SINI
Ahad, 27 Oktober 2013
#PRKSGLIMAU - AYAH DAT'O SERI JAMIL KHIR MENDAKWA KECEWA KERANA PAS MENIPU
Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya.
Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.
Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.
“Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus,” ujarnya yang mengidap penyakit strok sejak tiga tahun lalu.
Sementara itu, Baharom yang berusia 77 tahun memberitahu, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga turut melawat beliau pada hari yang sama, tetapi tidaklah pula dihebahkan di mana-mana.
Berkait soal itu, MB Kedah, Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir sebelum itu turut membidas serta mempersoalkan keikhlasan Mahfuz dan Azam yang mengunjungi Baharom.
Lidah rasmi PAS, Harakah melaporkan, Mahfuz memberitahu, Baharom telah mendoakan agar PAS terus menang di DUN Sungai Limau.
Kejujuran PAS dalam perkara ini terus dipertikaikan, apatah lagi adat menziarahi orang sakit di mana doa yang sepatutnya dibacakan adalah demi kesihatan dan kesejahteraan pesakit.
Pak Ngah apabila ditanya mengenai calon PAS memberitahu, calon yang diletakkan masih muda dan masih banyak yang perlu dipelajari. Katanya lagi, calon berkenaan adalah pilihan ‘orang atasan’ dan bukan pilihan masyarakat setempat.
Apabila ditanya adakah kemenangan bakal berpihak kepada PAS, beliau sekadar menjawab bahawa beliau kurang yakin dan sebenarnya tidak ambil kisah.
Ini kerana bagi Pak Ngah, mana-mana pemimpin baik dari PAS atau BN di daerah berkenaan telah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka dengan baik tanpa mengambil kira fahaman politik yang berbeza.
“Pak Ngah memang orang PAS… Tapi undi kita tu rahsia, Pak Ngah jadi orang PAS pun bukan makna Pak Ngah tak boleh nak undi BN”
Adat melawat orang sakit, penulis, jurukamera serta dua rakan wartawan sempat mendoakan bersama-sama untuk kesihatan dan kesejahteraan Pak Ngah semoga beliau pulih dari penyakit angin ahmar yang dihidapinya.

Sabtu, 26 Oktober 2013
#PRKSGLIMAU -Sekolah pondok dijadikan sekolah bantuan kerajaan Peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR)
![]() |
| Muhyiddin dalam Program Ramah Mesra Bersama Imam, Guru-Guru Kelas Al-Quran dan Penduduk Sungai Dedap di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap, Sungai Limau dekat sini hari ini |
Seperti kebiasaannya pemimpin parti pakatan pembangkang apabila bajet Belanjawan dikeluarkan pasti tiada satupun komen serta kenyataan memuji diberikan pada kerajaan
Akan tetapi rakyat perlu bijak berfikir dan jangan mudah terpedaya dengan mainan Pembangkang,nama pun pembangkang mestilah kaki bangkang tak gitu dan dalam pemrhatian admin semalam bajet yang dikeluarkan kerjaan semalam adalah bertepatan dan banyak membantu golongan sasar dengan pendidikan mendapat bilangan peruntukan terbesar,
Peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 semalam, membuktikan kesungguhan kerajaan membangunkan sistem pendidikan Islam, termasuk sekolah pondok.
Admin amat menyokong penuh usaha untuk menjadikan sekolah pondok sebagai sekolah bantuan kerajaan kerana dapat memertabat dan memperkasakan islam di malaysia
Admin amat menyokong penuh usaha untuk menjadikan sekolah pondok sebagai sekolah bantuan kerajaan kerana dapat memertabat dan memperkasakan islam di malaysia
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyokong penuh usaha untuk menjadikan sekolah pondok sebagai sekolah bantuan kerajaan Tahniah Menteri Pendidikan dari admin
Menurut Beliau lagi "Saya sokong 100 peratus sekolah pondok dijadikan sekolah bantuan kerajaan untuk kukuhkan institusi pendidikan Islam kita,” katanya pada Program Ramah Mesra Bersama Imam, Guru-Guru Kelas Al-Quran dan Penduduk Sungai Dedap di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap, Sungai Limau dekat sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata, semua usaha membangunkan sistem pendidikan, termasuk pendidikan Islam, dilaksanakan kerana kerajaan mahu melihat rakyat negara ini menjadi manusia berjaya di dunia dan akhirat.
Tambahnya, peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 semalam, membuktikan kesungguhan kerajaan membangunkan sistem pendidikan Islam, termasuk sekolah pondok.
Muhyiddin berkata, selain itu kerajaan juga membuka peluang seluas-luasnya kepada pendidikan Islam dibangunkan di negara in
#PRKSGLIMAU -#PRKSGLIMAU : SESIAPA SAHAJA BOLEH MEMINJAM TEKUN ASALKAN MEREKA MAHU BERNIAGA
![]() |
| Gambar Datuk Hamidah Osman Pengerusi TEKUN berkempen di #PRKSGLIMAU |
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kakitangan TEKUN ini harus diberi pujian kerana mereka sanggup bersusah payah turun ke kampung-kampung untuk memastikan peminjam TEKUN mendapat pinjaman dan boleh meneruskan perniagaan mereka.
Datuk Hamidah Osman memberitahu TEKUN mempunyai banyak bantuan yang boleh diberi kepada peniaga-peniaga melayu yang kekurangan modal dan menegaskan TEKUN amat istimewa kerana sesiapa sahaja boleh meminjam asalkan mereka mahu dan mempunyai perniagaan dan TEKUN sedia memberikan bantuan dan tiada memilih sesiapa yang mahu dibantu tak kira fahaman politik ini jelas.
Datuk Hamidah Osman sebagai Pengerusi TEKUN terus berjumpa dengan penduduk kampung bagi menerangkan dasar-dasar TEKUN bagi membantu mereka yang mahu berniaga tetapi tidak mampu kerana masalah modal.
Datuk Hamidah Osman memberitahu TEKUN mempunyai banyak bantuan yang boleh diberi kepada peniaga-peniaga melayu yang kekurangan modal dan menegaskan TEKUN amat istimewa kerana sesiapa sahaja boleh meminjam asalkan mereka mahu dan mempunyai perniagaan dan TEKUN sedia memberikan bantuan dan tiada memilih sesiapa yang mahu dibantu tak kira fahaman politik ini jelas.
Pn Mahani yang juga peminjam TEKUN telah meminjam telah 4 kali meminjam melalui TEKUN dan hingga kini jumlah pinjaman mereka sudah mencecah RM 50,000.00 sekaligus membuktikan bahawa TEKUN tidak pernah gagal membantu Orang Melayu yang mahu membangunkan ekonomi mereka.
Dengan itu, segala persepsi negatif yang dilemparkan kepada TEKUN telah dijawab oleh pengerusinya sendiri dan sebenarnya memang tiada masalah kepada peniaga-peniaga yang mahu meminjam asalkan mereka bersunguh-sungguh mahu berniaga.
Turut hadir bersama, Pengarah TEKUN Negeri Kedah untuk bersama mendengar sendiri permasalah yang dialami oleh penduduk kampung yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kakitangan TEKUN ini harus diberi pujian kerana mereka sanggup bersusah payah turun ke kampung-kampung untuk memastikan peminjam TEKUN mendapat pinjaman dan boleh meneruskan perniagaan mereka.baca seterusnya di sini
#BeraniHijrah
#KedahAmanMakmur
#NadiRakyatMalaysia
Jumaat, 25 Oktober 2013
#PRKSGLIMAU - Hati membeku mengenangkan kata janji manis mu....OOOoooooohhhh...
Hati membeku mengenangkan kata janji manis mu....OOOoooooohhhh...
#PRKSGLIMAU Kerajaan PAS pernah berjanji untuk memberikan mereka sebuah rumah tetapi hingga kini selepas 5 tahun janji hanya tinggal janji...
Ibu tua yang uzur melahirkan rasa kekecewaannya terhadap kerajaan PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak pernah menunaikannya....KLICK DI SINI untuk melihat kenyataan serta rintihan makcik ini

#PRKSGLIMAU : "BERANI HIJRAH" PENDEDAHAN ADMIN @PM SUPAYA PENYOKONG PAS SEDAR di tipu
#PRKSGLIMAU : "BERANI HIJRAH" PENDEDAHAN ADMIN @PM SUPAYA PENYOKONG PAS SEDAR
''Pas bukan agama, Pas adalah parti politik yang menggunakan agama untuk keuntungan Politik mereka''AWAS JANGAN TAKSUB PAS juga sangup berbohong demi undi.
Kesian... Sebab nak menang kerusi DUN Sungai Limau.. Calon PAS terpaksa menipu jadi saudara arwah Ustaz Azizan.. Modal PAS hanyalah penipuan...lagi kesian pada Penyokong yang kena tipu....Bravo..

#PRKSGLIMAU : PRESIDEN NADI RAKYAT MALAYSIA TURUT SERTA BANTU JENTERA KEMPEN
![]() |
| (gambar)Pergerakan Wanita UMNO Malaysia tekun mendengar taklimat penerangan tentang isu-isu semasa yang berlegar di sekitar DUN Sungai Limau.dari Presiden nadi Rakyat Mohamad Rafi Awg Kechik |
Hari ketiga kempen semakin hangat dengan kehadiran jentera-jentera dari seluruh negara dan seperti biasa Pergerakan Wanita UMNO Malaysia tidak ketinggalan untuk membantu memenangkan Barisan Nasional di PRK Sungai Limau.
Untuk itu, NGO Nadi Rakyat Malaysia hari ini turut serta memberi penerangan tentang isu-isu semasa yang berlegar di sekitar DUN Sungai Limau.
Mohamad Rafi Awg Kechik (Presiden Nadi Rakyat) memberi taklimat kepada jentera Pergerakan Wanita Umno dengan menjelaskan tentang perkara pokok iaitu penduduk Sungai Limau sebenarnya telah ditipu oleh jentera PAS, mereka mempopularkan calon PAS dengan mengatakan bahawa Ustaz Azam ada pertalian saudara dengan Allahyarham.
Selain itu, isu-isu seperti KUIN, Tanah ZIPY, Balak, perpecahan dalam PAS dan berapa isu turut diterangkan bagi memberi panduan kepada jentera untuk berkempen bagi membuka mata pengundi di DUN Sungai Limau tentang penipuan PAS selama ini.
Tahniah kepada Presiden Nadi Rakyat Malaysia dan seluruh pasukan Nadi Rakyat yang bertugas di PRK Sungai Limau kerana prihatin dan sukarela membantu dalam kempen PRK kali ini.baca seterusnya untuk mengetahui cerita seterusnya sila klick di sini
Beri sokongan kepada mereka demi ABATA....
#KedahAmanMakmur
#BeraniHijrah
#NadiRakyatMalaysia.
#PRKSGLIMAU -CALON PAS MULA BENCI DAP DAN PKR ,SEBAB APA ? TENGOK INI !!!
![]() |
| GAMBAR PALING MENARIK PERHATIAN DI PRK SUNGAI LIMAU |
Kalau rakan rakan nak bukti setiap apa yang tertulis pada sepanduk itu adalah memang benar benar berlaku sila klick di sini
Berubahlah sokongan anda dari Pas kepada UMNO bagi merialisasikan satu Hijrah yg amat bermakna dari keadaan gelap kembali kejalan yang terang,dari keadaan samar kekeadaan nyata.
Ingatilah kembali bagaimana Umno berjaya menawan hati pengundi disana,ingat bagaimana sokongan guru guru pondok disana,gara gara tuntutan Kristian yang disuarakan Dap mengenai isu Kalimah Allah, cina beralih arah mengundi Dap,mereka bersatu demi anutan mereka tapi Melayu Islam di Kedah sudah terjaga dari lena dengan menukar tampuk Pas kepada BN hasil sokongan guru2 pondok disana yang terang terang menyatakan kebenaran dan akhirnya Umno berjaya
Cuma ada sesetengah penyokong tegar Pas yang masih belum nampak jalan pulang kearah kebenaran dan inilah masanya kita renung kembali terutama kisah Pakatan Rakyat yang sewenang wenangnya berani memberi Kalimah suci kita untuk diguna pakai Kristian yang jelas pasti akan disalah guna pakai oleh pihak yang berkenaan dn ini memang jelas dikatakan oleh Orang kuat Pas sendiri iaitu Harun Taib.
Keputusan PRK yg diumumkan pada 1 Muharam 1435 itu nanti merupakan satu Hijrah yg amat bermakna bagi pengundi Sg Limau jika memberi kepercayaan kepada UMNO Kedah di bawah pimpinan Mukriz. Hanya pengundi sendiri yg berhak menentukan masa depan pengundi sendiri.
Pas juga bagus namun atas kelemahan memertabat Islam dari ditindas Dap pilihlah apa yg lebih baik, sesuai dgn kekuasaan semasa kerajaan Kedah sekarang Wallahuaklam..

#PRKSGLIMAU -WALAUPUN DI FITNAH DENGAN SERANGAN BERBENTUK PERIBADI MUKHRIZ TERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA
Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mendakwa Mukhriz ditolak Umno kerana tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini, manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di sini hari ini turut mendakwa Mukhriz tidak memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri enam bulan sejak mengambil alih pentadbiran, sebaliknya hanya menumpukan kepada pemilihan jawatan tertinggi Umno.
Mukhriz berkata penduduk setempat sepatutnya sudah mengetahui taktik pembangkang kerana sebelum ini, bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak turut menerima layanan sama dari pihak pembangkang walaupun daripada pihak yang sama.
“Penduduk (DUN) Sungai Limau pun tahu kami amat sayangkan Almarhum (Tan Sri Azizan Abdul Razak), kita imbau kembali mungkin dua tiga tahun lepas hingga saat akhir apabila arwah terlantar sakit dan meninggal dunia, masih ada lagi kenyataan-kenyataan dan komen-komen yang agak kasar dibuat pihak daripada parti dia sendiri, yang mana saya pun tak faham kenapa ia boleh berlaku,” katanya.
Sebab itu, katanya, BN melancarkan kempen PRK dengan slogan ‘Berani Hijrah’ kerana selain bersempena sambutan Maal Hijrah pada 5 Nov ini, ia juga bagi membuka ruang supaya masyarakat setempat boleh bersama-sama berhijrah kepada satu keadaan yang lebih baik.
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menerima dengan hati terbuka beberapa episod serangan peribadi yang dilemparkan pembangkang terhadap beliau, sejak kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Sungai Limau, bermula semalam.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah itu berkata, beliau tidak bercadang membalas dakwaan-dakwaan itu, sebaliknya hanya akan menumpukan kepada kempen secara sederhana dengan mengelak sebarang serangan peribadi.
“Yang kita akan gunakan… yang penting kita akan tekankan soal calon anggota DUN kita yang datangnya dari pihak sama dengan kerajaan yang memerintah negeri, yang juga mendapat sokongan kerajaan pusat.“Jadi apa yang kita janji sudah tentu kami berupaya dan akan tunaikan,
#PRKSGLIMAU -Gempar Keluarga Arwah Azizan dedah kisah Kelentong Calon Pas Prk sungai limau
Kalau nak menang sekali pun janganlah sampai berbohong tak gitu rakan rakan bayangkan nak tarik sokongan pengikut Arwah Azizan mereka sanggup mengaku saudara nasib baik keluarga Azizan bongkar cerita sebenar
Calon PAS PRK DUN Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat didakwa tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebaliknya beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah.
Azam dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi, iaitu tokoh yang menjadi musuh politik Allahyarham semasa menjadi Menteri Besar Kedah.
Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Azizan mempertikaikan tindakkan calon PAS tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah.
Keluarga arwah juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam-diam.
PAS nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggunakan gambar arwah Azizan untuk undi simpati.#NadiRakyatMalaysia #MisiSelamatkanNegara#DemiAgamaBangsaNegara
Rabu, 23 Oktober 2013
#PRKSGLIMAU -BEKAS BLOGGER UMNO KETUAI 30 JENTERA SIBER PAS DI #PRKSGLIMAU?
Berita yang baru admin terima ini pasti mengejutkan semua pihak terutama kalangan pengamal media sosial apabila diberitakan bahawa seorang bekas blogger UMNO telah mengetui kumpulan jentera siber Pas di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Sumber memberitahu, Pas telah melantik blogger itu dan menggerakkan 'live telecast' kepada lebih kurang 30 blogger pro Pakatan Rakyat (PR) secara serentak mulai malam tadi.
Difahamkan blogger ini merupakan seorang pengamal media berpengalaman apabila banyak terlibat membantu UMNO dalam beberapa operasi dan pilihanraya sebelum ini.
Soalnya siapa bekas blogger UMNO itu?NAK TAHU JAWAPANNYA SILA KLICK DI SINI
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)

_wm.jpg)