Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Memaparkan catatan dengan label JANJI DITEPATI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JANJI DITEPATI. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Oktober 2013

#PRKSGLIMAU -Sekolah pondok dijadikan sekolah bantuan kerajaan Peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR)

Muhyiddin dalam Program Ramah Mesra Bersama Imam, Guru-Guru Kelas Al-Quran dan Penduduk Sungai Dedap di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap, Sungai Limau dekat sini hari ini 
Seperti kebiasaannya pemimpin parti pakatan pembangkang apabila bajet Belanjawan dikeluarkan pasti tiada satupun komen serta kenyataan memuji diberikan pada kerajaan 
Akan tetapi rakyat perlu bijak berfikir dan jangan mudah terpedaya dengan mainan Pembangkang,nama pun pembangkang mestilah kaki bangkang tak gitu dan dalam pemrhatian admin semalam bajet yang dikeluarkan kerjaan semalam adalah bertepatan dan banyak membantu golongan sasar dengan pendidikan mendapat bilangan peruntukan terbesar,
Peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 semalam, membuktikan kesungguhan kerajaan membangunkan sistem pendidikan Islam, termasuk sekolah pondok.

Admin amat menyokong penuh usaha untuk menjadikan sekolah pondok sebagai sekolah bantuan kerajaan kerana dapat memertabat dan memperkasakan islam di malaysia
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyokong penuh usaha untuk menjadikan sekolah pondok sebagai sekolah bantuan kerajaan  Tahniah  Menteri Pendidikan dari admin
Menurut Beliau lagi "Saya sokong 100 peratus sekolah pondok dijadikan sekolah bantuan kerajaan untuk kukuhkan institusi pendidikan Islam kita,” katanya pada Program Ramah Mesra Bersama Imam, Guru-Guru Kelas Al-Quran dan Penduduk Sungai Dedap di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap, Sungai Limau dekat sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata, semua usaha membangunkan sistem pendidikan, termasuk pendidikan Islam, dilaksanakan kerana kerajaan mahu melihat rakyat negara ini menjadi manusia berjaya di dunia dan akhirat.
Tambahnya, peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 semalam, membuktikan kesungguhan kerajaan membangunkan sistem pendidikan Islam, termasuk sekolah pondok.
Muhyiddin berkata, selain itu kerajaan juga membuka peluang seluas-luasnya kepada pendidikan Islam dibangunkan di negara in

Selasa, 22 Oktober 2013

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek Jawab Fitnah Isu kenaikan 10 pratus harga rumah

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) tidak pernah membuat kenyataan untuk menaikkan harga rumah sehingga 10 peratus, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek:
  • Dalam perjumpaan dengan pihak Rehda, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah diberikan bukti bahawa Rehda tidak mengeluarkan kenyataan itu malah memberi jaminan mereka tidak terlibat dalam apa-apa kartel dan akan sentiasa mematuhi undang-undang berkaitan.
  • MyCC telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan Rehda dan pihak-pihak lain yang berkenaan untuk mengenal pasti sama ada terdapat elemen antipersaingan.
  • Jika pihak MyCC dapat mengesan sebarang amalan pakatan sulit di antara pemaju-pemaju perumahan dalam menaikkan harga rumah, tindakan undang-undang yang tegas di bawah Akta Persaingan 2010 akan diambil segera kerana ia melibatkan kepentingan rakyat," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) di Dewan Rakyat di sini hari ini. 

TERENGGANU MULA BERSIAP SEDIA HADAPI KEMUNGKINAN BANJIR

MARANG - Terengganu menwujudkan 118 pangkalan hadapan di seluruh negeri bagi menempatkan bekalan makanan dan keperluan asas di tempat-tempat strategik bagi membolehkan mangsa di kawasan bencana menerima bantuan dengan segera.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tiga pangkalan hadapan itu di tempatkan di Kuala Terengganu, Kemaman (17), Dungun (11), Besut (23), Hulu Terengganu (33), Marang (16) dan Setiu (15).
"Kami telah membuat persiapan bagi menghadapi musim tengkujuh dan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah bermesyuarat semalam bagi mengetahui persediaan semua jabatan dan agensi terlibat," katanya.
Bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah pertandingan
kebersihan dan keindahan kampung peringkat negeri di sini, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menggesa semua pihak memperkemaskan jentera masing-masing.
Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu turut mengenal pasti 198 kawasan yang sering dilanda banjir di seluruh negeri iaitu 30 di Besut, Setiu (21), Kuala Terengganu (17), Marang (27), Hulu Terengganu (29), Dungun (32) dan Kemaman (42).

Khamis, 17 Oktober 2013

Tahniah Kerajaan Terengganu berjaya capai Hasrat lahirkan 30,000 celik Al Quran secara berterusan dan Akhirnya Tercapai

KUALA TERENGGANU - Hasrat kerajaan negeri untuk melihat Yayasan Islam Terengganu (YIT) berterusan menyelaras 30,000 kanak-kanak khatam al-Quran setiap tahun mencapai sasaran tahun ini.
Pengarah YIT, Md. Kamaru Al-Amin Ismail berkata, pada tahun ini, hampir seramai 35,000 kanak-kanak akan mengikuti majlis khatam al-Quran berbanding kira-kira 31,000 orang tahun lepas.
"Alhamdulillah kita telah dapat menunaikan hasrat kerajaan negeri itu dari setahun ke setahun,” katanya di sini hari ini.
Kamaru Al-Amin berkata, tujuan kerajaan negeri itu adalah yang utamanya untuk melihat kanak-kanak prasekolah celik al-Quran dan bidang agama Islam sebelum mereka melangkah ke darjah satu.
Beliau berkata, majlis pertama yang akan diadakan pada 26 Okt ini ialah program khatam al-Quran pelajar Kafa berumur tujuh hingga 11 tahun melibatkan seramai 23,000 orang.
Sementara program kedua pula ialah majlis khatam Program Pintar al-Quran untuk kanak-kanak Tadika YIT, Kemas, Perpaduan Negara dan prapendidikan negeri yang melibatkan seramai 10,805 kanak-kanak berumur antara lima dan enam tahun.
Katanya majlis tersebut akan diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak dan dijangka dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said. - Bernama

Rabu, 9 Oktober 2013

KOLAM KUMBAHAN JADI TEMPAT PEMBIAKAN SPESIS BIAWAK !!! MANA ORANG ORANG PR YANG KATA PRIHATIN MASAALAH RAKYAT ??

DI DAERAH SABAK BERNAM  SIAPA YANG TAK KENAL DENGAN KEPRIHATINAN YB BUDIMAN
DALAM era mencapai globalisasi dan menuju negara maju 2020, rakyat Malaysia masih lagi berada dalam tahap yang boleh dikira tidak terurus. Kolam kumbahan yang sepatutnya diuruskan oleh Indah Water Konsortium kini sudah menjadi kolam dipenuhi lalang dan tambah memeranjatkan menjadi habitat kekal biawak serta binatang berbisa lain jika tidak diuruskan dengan segera.

Kolam kumbahan di Taman Perdana Sungai Besar dikatakan telah bertahun dibiarkan begitu sahaja sehinggakan lalang dan segala rumput rampai memenuhi segenap ruang kolam takungan tersebut. Jika dahulu kawasan ini boleh dijadikan kawasan riadah dengan pelbagai aktiviti boleh dilakukan namun semua itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

YB Budiman Zohdi, ADUN Sungai Panjang sempat melawat kawasan terbabit selepas mendapat aduan dari wakil penduduk Taman Perdana, Wak Jamali. Aduan juga dikatakan telah dibuat sejak beberapa tahun lepas sama ada kepada Majlis Daerah Sabak Bernam mahupun Pengurusan IWK namun sehingga kini tiada tindakan lanjut.

YB Budiman yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar ini akan berjumpa dengan pihak pengurusan IWK bagi menyelesaikan masalah ini supaya tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Majlis Daerah Sabak Bernam juga telah dimaklumkan tentang perkara ini.

BACAAN SELANJUTNYA DISINI

Selasa, 8 Oktober 2013

HARGA RUMAH PROJEK PERUMAHAN RAKYAT PPR KEKAL RM35,000 BUKTI KERAJAAN PRIHATIN MASAALAH RAKYAT !!!


Pakatan Pembangkang sering menghasut Rakyat supaya membenci umno barisan Nasional kononnya kerajaan adalah zalim walaupun pada hakikatnya Kerajaan Malaysia adalah salah satu kerajaan yang Paling banyak memberi subsidi kepada Rakyatnya
Akan tetapi akibat fitnah penyokongnya telah terpedaya dengan penipuan Pakatan Pembangkang,persoalannya dakah kita merempat tepi longkang tidak dapat makan atau adakah kita begitu daif sampai sembahyang di tepi jalan kerana kerajaan tidah menyediakan tempat yang sesuai untuk beramal Ibadah,kalu jawapan nya ia maka Pendekar pun bersetuju jika dikatakan kerajaan adalah zalim
Namun pada hakikatnya Pakatan Pembangkang tidak menggunkan duit yang diamanahkan kepada mereka di Kelantan itu pula yang dipuji kononnya adil walhal berapa buah masjid yang mereka bina setelah mereka bertapak dikelantan berpuluh puluh tahun
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) meskipun terdapat desakan ke arah itu atas alasan kenaikan kos barang mentah di pasaran.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, walaupun RM35,000 seunit adalah kadar lama namun buat masa ini, kerajaan tidak akan berganjak daripada harga itu.
"Saya tidak menafikan tekanan dalam membina rumah ini memang berlaku memandangkan biaya pembinaannya sudah meningkat dari setahun ke setahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Habitat Sedunia 2013 di sini hari ini.
Beliau berkata, PPR dibina dengan kos RM160,000 seunit dan kerajaan memberi subsidi sebelum menjualnya kepada golongan yang berhak pada harga RM35,000.
"Bukan sekadar itu, kerajaan turut mentadbir dari sudut penyelenggaraannya dengan memberi dana khas,” katanya sambil menambah kajian jangka panjang juga sedang dibuat berhubung pemberian insentif khas, termasuk cukai, kepada pemaju perumahan yang membangunkan projek PPR.
Para saudara seagama,sebangsaku sekalian ingatlah gunakanlah akal mu sebaik baiknya rujuklah fakta yang tepat dari sumber bahawasanya jika dikaji Kerajaan sudah memberi kemudahan yang sebaiknya janganlah terpedaya dengan janji palsu Pembangkang yang menggunakan nama Agama untuk kepentingan Politik walau pun begitu selagi kita berlandaskan Al Quran dan sunnah Insyaallah segalanya akan nampak jelas pembohongan Pakatan Pembangkang yang di ibaratkan Lembu dicucuk hidung oleh DAP.

Selasa, 1 Oktober 2013

Hutang Negara Apa Yang wajib Kita Tahu

HUTANG NEGARA YANG WAJIB KITA AMBIL TAHU HASIL KONGSIAN SAHABAT FACEBOOK KITA YANG MANA ISI KANDUNGANNYA PADAT TEPAT DAN MANTAP.
------------------------

Ini adalah isu lama ... Isu sebelum pilihan raya... Yg mana kerajaan gagal menjelaskan kepada rakyat dgn baik... Mereka menjelaskan isu ini mengikut kefahaman mereka sebagai ahli ekonomi... Kalu yg mendengar penjelasan itu penyokong BN... Mereka faham... Tetapi kalau yg dgr itu manusia2 yg otakny tinggal suku shj (penyokong PR) ..... Mereka akan telan shj apa yg pemimpin depa kata... Lepas tu ... Vara-vara merata2 (^_^))

Hutang negara terbahagi kepada 2 bahagian.. Iaitu :
A) external debt
B) Internal debt

Antara keduanya... Yg mana akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara? Yg mana akan di gunakan sebagai indikator utama pelabur? Yg mana di gunakn sebagai penentu bankrapnya sesebuah negara?

Jawapan: Sudah tentu "external debt"

#External debt

Ini adalah hutang negara yg sebenar.. Hutang di mana negara meminjam wang dari luar utk urusan pembangunan & pengurusan negara... Jika anda lihat track record pinjaman negara... Kita tak pernah lewat membayar hutang.. Malah hutang yg kita pinjam habis dari tempoh yg sepatutnya... (^_^)).. Baguskan kerajaan kita...

#Internal debt

Hutang ini terbahagi pula kpd 3 komponen iaitu:
A) Hutang kerajaan persekutuan
B) Hutang sektor swasta
C) Hutang Perbankan dan non- perbankan.

Utk pengetahuan semua, hutang kerajaan persekutuan hanya lah 2.2% daripada "internal debt"... Selebihnya adalah hutang yg di perolehi dari bahagian (B) & (C)

Apa maknanya?

Hutang sektor swasta spt TM, TNB, Petronas dan sebagainya juga termasuk di dalam hutang negara.. Sekiranya kita tak membayar bil2 dan menyebabkn organisasi tersebut mengalami kerugian ... Mereka akan meminjam utk mengatasi kerugian yang ada... Dgn kata lain... Mereka akan menyumbangkan hutang dalaman negara...

Begitu juga perbankan di Malaysia... Mereka terlibat dgn pelbagai investment yg ada... Yg juga penyumbang kepada hutang dalaman negara... Lebih menarik... Hutang yg kita buat dgn pembelian rumah, pinjaman peribadi, beli kereta... Juga penyumbang kepada hutang dalam negara... Itu sebabnya... Dasar baru dalam pinjaman perumahan dan kenderaan yg di perkenalkan oleh kerajaan baru2 ini... Adalah salah satu langkah mengurangkan beban hutang dalam negara..

#Kesimpulan... (#MestiBaca)

#Internal vs #External debts

1) Sepertimana yg aku katakan tadi... Antara kedua jenis hutang ini... External debt adalah hutang yg paling bahaya... Boleh menyebabkan negara bangkrap ...

2) Menurut Philip Bagus, pakar ekonomi German, external debt adalah 4 kali ganda bahaya dari internal debt... Bukan beliau sahaja ... Malah beratus2 pakar ekonomi yg ada perkara yg sama... Dan kita tidak risau dgn internal debt kerana kita menggunakan nilai mata wang kita.. Tidak seperti external debt...

3) #TahukahAnda : external debt kerajaan Malaysia hanya lah 5 % dari hutang keseluruhan.... Dengan kata lain, internal debt negara adalah penyumbang terbesar dalam hutang negara (95%)... Dan dari 95% ini... Hanya 2.2% sahaja hutang kerajaan persekutuan.. Selebihnya adalah hutang dari sektor swasta dan juga perbangkan... Yg mana, kerajaan tidak campur tangan (secara direct) dgn hutang sector2 ini.

4) #TahukahAnda :
a) Rezab dalaman negara adalah RM 430 billion
b) Rezab antarabangsa negara adalah RM 680 billion
c) Simpanan negara adalah RM 43 billion.
*Info April 2013

5) Jadi apa yg perlu nak di risaukan dgn hutang keseluruhan negara yg sebanyak RM 600 billion .., yang mana hutang sebenar kerajaan persekutuan adalah ; 5% dari hutang tersebut adalah external debt, dan.. 2.2 % dari internal debt...

6) Apa perlu dirisaukan jika debt to GDP ratio negara hanya 53%.. Dgn kata mudah nya... Hutang negara adalah 53% dari pendapatan negara..

7) Apa perlu di risaukan jika, kadar pertumbuhan negara kini antara 5-6 % berbanding dgn pertumbuhan ekonomi dunia (global) iaitu hanya 3%...

************************************
Maka, jangan mudah terpedaya dgn dakyah2 pembangkang.. Dan kepada penyokong pembangkang... Kembalilah kepangkal jalan... Kamu dah cukup hancing di kencing oleh pemimpin2 kamu

***Kebanyakkan info yg sy perolehi di atas adalah dari seorg sahabat saya, juga pakar ekonomi, pernah memegang jawatan sebagai "Head of Risk", Jabatan Perdana Menteri.... Kemudian menjadi Admin of World Bank.... Dan kini beliau adalah salah seorg tenaga pengajar (Lecturer) di salah sebuah university tempatan... Terima kasih sebab berkongsi banyak perkara (^_^))...

Sumber :https://www.facebook.com/aznil.hisham.1/posts/216811135152615

Jumaat, 27 September 2013

#TestedTeam4UMNO : Pengenalan Kepada Manusia UMNO yang di lupakan

#TestedTeam4UMNO membawa anda untuk memikirkan apakah yang di sampaikan ??mungkin ramai sahabat sahabat kita masih belum mengetahuinya kan !!!
mulai saat ini kita akan cuba memberikan jawapannya untuk kita sama sama mengetahuinya serta memahaminya dengan penelitian dari masa kesemasa untuk kita bincangkan bersama 

Datuk Seri 
Najib Tun Abd Razak tidak keterlaluan dikatakan pemimpin terulung kesayangan Admin Pendekar Melayu serta Rakyat Malaysia yang tahu bersyukur dengan kurnian Allah s.w.t kerana jasa serta pengorbanannya memertabat,memperjuang serta mengembangkan agenda Agama Bangsa dan Negara ketahap yang tinggi

Pengorbanan Datuk Seri Najib yang tidak terhingga sehinggakan kem Pakatan Pembangkang terpaksa berkerja berpuluh lipat kali ganda cuba menabur fitnah serta tohmahan terhadap Beliau sehinggakan gerakan gerakan gelap terpaksa ditubuhkan oleh Kem jahat pembangkang demi memburuk burukkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan yang paling mengejutkan kehadiran kumpulan jahat yang di gelarkan sebagai ''READ BEEN ARMY''

Bagi cubaan DAP menfitnah Kerajaan nampaknya sehingga kini BN masih utuh menentang permintaan DAP malah MCA pun tidak berani untuk membuat permintaan seperti yang diminta DAP dan seperti yang kita tahu golongan suara minoriti dalam Pakatan Pembangkang iaitu Pas pula sanggup menjadi pak turut untuk suara mejoriti iaitu DAP yang seringkali cuba membuat permintaan yang amat merugikan Islam terutama dalam tuntutan penggunaan Kalimah Allah serta hudud dan negara Islam
Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan orang yang kafir, setengahnya menjadi pembela (penolong) bagi setengahnya yang lain. Jika kamu tidak menjalankan (dasar bantu membantu), nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." (maksud ayat 73 surah Al-Anfal)
Namun kehebatan BN percubaan Pakatan Pembangkang itu berjaya di patahkan Najib dan pemimpin BN serta KEHEBATAN barisan utama pemimpin peringkat tertinggi dalam UMNO yang telah merancang pelbagai strategi menepis tohmahan Pembangkang untuk memastikan UMNO terus releven menjadi parti tunggal yang membela nasib Agama serta keistimewaan orang orang Melayu sesuaidengan slogan Najib Razak iaitu janji ditepati

Ketahuilah sahabat sahabat PM semua renungan ini
Semakin banyak seorang pemimpin menceritakan rahsia dan kekurangan orang lain, semakin jatuh pula kredibiliti pemimpin tersebut.

Pemimpin yang amanah adalah pemimpin yang menjadikan dirinya sebagai kubur bagi aib orang lain, bukan orang yang sering menggembar-gemburkan kekurangan orang yang dipimpinnya.

Pemimpin yang bersyukur adalah pemimpin yang sedar bahawa kepemimpinan yang di dipikulnya bukanlah tanda kemuliaan, tetapi kepemimpinan adalah amanah dari Allah.

Pemimpin yang amanah boleh dilihat dari keprihatinannya dalam berjanji, walaupun hanya sedikit janjinya, tetapi dia senantiasa berusaha untuk menepatinya..syukur Alhamdulilah setakat ini DS Najib sering menepati janjinya.
Apakah kesinambungan ceritanya dan bagaimanakah kesudahannya?

Apa itu #TestedTeam4UMNO?... Apakah jasa #TestedTeam4UMNO? dan Siapa barisan yang dimaksudkan sebagai#TestedTeam4UMNO yang bersama Datuk Seri Najib?...

Anda fikirkan dan komen, kita akan bincangkan dalam artikel yang akan datang.
BACAAN BERKAITAN

Ahad, 22 September 2013

5 BILION PERUNTUKAN KERAJAAN BINA JALAN LUAR BANDAR !!!

Kerajaan membelanjakan RM5 bilion membina 2,692 kilometer jalan raya luar bandar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi tempoh tiga tahun sehingga Ogos lepas 
Perkara ini di sahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal
  • Daripada jumlah itu, kerajaan membelanjakan RM304.4 juta membina jalan luar bandar di Sabah dan RM372.7 juta di Sarawak bagi tempoh itu.
  • Kita percaya menepati sasaran NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk membina 2,800 kilometer jalan raya sepertimana manifesto pilihan raya dalam jangka masa lima tahun,
  • Kementerian membelanjakan RM35.5 juta bagi membina Jalan Kibbas-Mohimboyon sepanjang 15 kilometer bermula 19 Mei 2011 dan siap 18 Mei lepas."Jalan itu membawa faedah kepada 5,000 penduduk dari lima kampung di sekitar Ranau.
  • Kerajaan akan terus membina infrastruktur dan jalan raya yang lebih baik di mana sasaran kita untuk membina 137 kilometer jalan raya hingga hujung tahun ini,
  • Kerajaan juga akan meningkatkan kemudahan asas lain seperti bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar termasuk Ranau, Keningau dan Tenom.
Perkara ini di sahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini

Jumaat, 20 September 2013

Kerajaan Tangguh ambil alih tanah SRJK Chin Woo

Kerajaan hari ini membuat keputusan untuk menangguhkan pengambilalihan tanah di dalam kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Woo di sini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Julai lalu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berhasrat untuk mengambil tanah di dalam sekolah tersebut bagi membina Kampung Budaya menerusi projek Kota Warisan Kuala Lumpur yang bernilai RM32.5 juta.

Bagaimanapun keputusan itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa kerana tanah berkenaan diguna sebagai gelanggang bola keranjang sejak 1938.   

Sehubungan itu, Ali meminta ibu bapa agar tidak lagi bimbang tentang isu pengambilalihan tanah itu, sebaliknya berunding dengan pihak kerajaan.

"Kita masih ada ruang untuk rundingan membabitkan pihak ibu bapa, sekolah serta pejabat tanah dan galian Wilayah Persekutuan," katanya.

Beliau berkata proses rundingan akan dijalankan dalam masa terdekat namun tidak memberikan tempoh masa ia akan berlangsung.

Terdahulu dalam ucapannya, Ali berkata penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam, pendidikan, kewangan, kepenggunaan dan media massa akan terus dipertingkat.

Katanya langkah sama juga perlu dilakukan dalam sektor pelancongan dan kebudayaan, kerja raya, sumber manusia, sains, teknologi selain belia dan sukan.

Beliau berkata tanah seluas 0.169 hektar di dalam kawasan sekolah itu adalah milik kerajaan dan sepatutnya diambil oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada 24 Sept ini.

"Kita tangguhkan pengambilalihan tanah itu dan selepas tarikh tersebut tiada apa-apa tindakan penguatkuasaan akan diambil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-57 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan melancarkan Kamus Melayu Inggeris Dewan dan produk hasil pelesenan DBP di sini, hari ini.

Khamis, 19 September 2013

HAJI HADI BAKAL MEROYAN LAGI APABILA PENAMBAH BAIKAN MEMPERKASA EKONOMI BARU DARI MEMORANDUM YANG DISERAH MPM

Najib Tun Razak menerima memorandum sokongan dan cadangan penambahbaikan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera daripada Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan
Antara cadangan MPM dan anggota NGO gabungannya ialah agenda atau Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PPEB) itu mesti berteraskan hukum-hukum maqasid syariah iaitu mengikut model ekonomi Islam; tidak seharusnya ada tempoh had masa; memastikan sistem penyampaian berjalan lancar; mewujudkan inisiatif khusus iaitu menambah syarikat berkaitan kerajaan.

"Memperkasa agenda wakaf, memperkasa gerakan koperasi dan menjadikan Malaysia sebuah negara perdagangan global," katanya dalam sidang akhbar di pejabat perdana menteri selepas menyerahkan memorandum itu.

Hasan menganggap, PPEB merupakan kesinambungan kepada Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang diperkenalkan kerajaan pada tahun 1970 dalam usaha membangunkan ekonomi Bumiputera ketika itu.
Dalam pertemuan singkat mereka, perdana menteri menyambut baik dan memberi respons kepada cadangan yang dikemukakan dan menerima idea serta akan mempertimbang cadangan itu, kata Hasan.

Menurut Hasan, golongan bumiputera sekarang sudah bersedia untuk menjadi peneraju global dan berharap kerajaan membantu para usahawan bumiputera untuk menjadi usahawan berjaya di pentas antarabangsa.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan langkah dan strategi terbaharu memperkasa ekonomi bumiputera, berpayungkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB), yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan dipengerusikan Najib.

MEB akan menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dalam melaksanakan lima strategi utama sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, antara fokus pelaksanaan agenda itu ialah memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat serta memperkukuh pemilikan aset.

Antara langkah utama dalam strategi itu ialah penetapan sasaran ke atas penyertaan bumiputera termasuk perolehan kepada vendor oleh semua ketua pegawai eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Sabtu, 14 September 2013

DS NAJIB :Memperkasakan ekonomi orang Melayu tidak mengugat bangsa lain

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak salah sangka dan salah faham terhadap usaha pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang dilaksanakan bukan dengan jalan memintas atau mengambil hak orang lain mahupun menafikan kepentingan sesiapa.
Sebaliknya, ia dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu terus mencipta serta menjana kekayaan baharu agar nikmat dan kemakmurannya dapat diraih dan dirasai oleh semua rakyat Malaysia secara adil dan saksama.
“Yang pasti! Kami lakukan apa yang adil, kami lakukan apa yang betul, dan kami buat apa yang saksama. Maknanya, kita tidak mempunyai apa-apa ‘nawaitu’ (niat) atau sekelumit pun rasa prejudis terhadap bangsa lain,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di sini.
Beliau dengan tegasnya berkata kerajaan ini adalah kerajaan yang berhemah lagi bertanggungjawab ke atas seluruh lapisan rakyat, tanpa mengira latar belakang, sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera, Islam mahu pun bukan Islam.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara, terutama sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, bukan sahaja Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara.
“Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baharu dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.
Perdana Menteri berkata sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi  Bumiputera telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut.
Maka, Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional, tidak boleh dinafikan oleh sesiapa dan sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambil kira atau mengabaikan agenda Bumiputera, adalah tidak adil dan saksama, kata Perdana Menteri.
Beliau berkata perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan sebaik-baiknya oleh semua pihak iaitu kerajaan sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentang agenda Bumiputera sebagai agenda nasional.
“Ini kerana, jika sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak terbela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020,” kata Najib.
Najib turut menyelar sesetengah pelaku politik yang tidak sudah-sudah menyalakan api perkauman sehingga menggerunkan dan memesongkan pemikiran rakyat.
“Suka tidak suka, seandainya tidak berhati-hati dan terpengaruh dengan sentimen pihak luar, melalui dalang dan petualang dalaman ini, maka, tempiasnya akan terpercik kepada kita. Sekiranya dibiarkan dan tidak dibendung, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi Merdeka pada akhirnya akan musnah dan membungkam,” kata Najib.


34 TOUCH POINTS MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

34 TOUCH POINTS
MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERAJABATAN PERDANA MENTERI
14 SEPTEMBER 2013
www.pmo.gov.my
Fokus Pemerkasaan Pertama : MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA
Para 34
1. Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran
Para 35
2. Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.
Para 36
3. Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.
Para 37
4. Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.
Para 38
5. Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.
Fokus Pemerkasaan Kedua : MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT
Para 39
6. Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.
Para 40
7. Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
Fokus Pemerkasaan Ketiga : MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

Para 42
8. Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia

Para 43
9. Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.
Para 44
10. Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.
Para 46
11. Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.
Para 47
12. GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.
Fokus Pemerkasaan Keempat: MEMPERHEBATKAN KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA
Para 48
13. Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.
Para 50
14. Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.
Para 51
15. Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.
Para 52
16. Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor

Para 53
17. Memastikan jangkamasa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank.
Para 54
18. Melonjakkan program VDP di bawah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM)
Para 55
19. Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera sebagai KPI.
Para 56
20. Program VDP PETRONAS RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk Bumiputera.
Para 58
21. GLC dan GLIC menerajui usaha mengwujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor rangkaian perbekalan.
Para 59
22. Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan Kerajaan secara terpilih
Para 60
23. Memperluaskan dasar carve out.
Para 62
24. Membina satu komuniti baru entrepreneur Bumiputera.
Para 63
25. Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).

Fokus Pemerkasaan Kelima: MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Para 66
26. Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstraktif
Para 67
27. Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.
Para 79
28. Meningkatkan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020.
29. Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM.
Para 80
30. Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.
Para 81
31. Membestarikan TERAJU
Para 82
32. Mewujudkan komuniti entreprenuer Bumiputera.
33. Meletakkan INSKEN dan SUPERB di bawah TERAJU
Para 83
34. Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera

Khamis, 12 September 2013

KERAJAAN MEMBERI JAMINAN BAHAWA HARGA TEPUNG DAN GULA TIDAK NAIK

Hasan Malek
Kerajaan memberi jaminan harga tepung dan gula tidak akan naik di sebalik pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen diumumkan kerajaan, 3 September lepas menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata, 
  • Jaminan itu berdasarkan persetujuan antara kementerian dengan beberapa pengeluar dan pengilang utama dua komoditi makanan itu, semasa pertemuan pada Selasa.
  • Beliau juga gembira apabila mereka juga memberitahu bahawa bekalan gula dan tepung mencukupi.
  • Mereka juga bersetuju untuk tidak menaikkan harga barangan itu dan ini bermakna peniaga tidak boleh menaikkan harga barangan berkenaan sewenang-wenangnya,
    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Bengkel Kefahaman Undang-undang dan Pemeriksaan kepada Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia, di sini hari ini.
  • Kementerian sebelum ini mengadakan pertemuan serupa dengan pengilang dan pengeluar barangan lain termasuk pengusaha pasar raya berhubung isu sama.
  • Kebanyakan mereka bersetuju dan menyokong langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol RON95 dan diesel yang membawa kepada kenaikan 20 sen harga dua bahan api terbabit.
  • Mereka memahami hasrat kerajaan dalam mengurangkan subsidi minyak ini adalah untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan mereka bersetuju untuk sama-sama membantu (dengan tidak menaikkan harga barangan)," katanya.
  • Sejak pengumuman kerajaan berhubung pengurangan subsidi minyak itu, sebanyak 30,538 pemeriksaan dibuat terhadap peniaga menerusi Ops Harga.
  • Daripada jumlah itu, sebanyak 157 kesalahan dikesan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan kompaun RM16,530 dikeluarkan.
  • Kita juga membuat rampasan barangan bernilai RM55,382.20 terhadap peniaga terbabit yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk menaikkan harga barangan, tidak mempamerkan harga dan menjual barangan tiruan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai bengkel tersebut, Hasan berkata ia bertujuan memberi pengetahuan dan pemahaman kepada penghulu dan penggawa mengenai peranan mereka sebagai pemantau harga barangan di kawasan masing-masing.