Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 5 Jun 2014

Serbu majlis kahwin di kuil: Jais lebih arif – Jamil Khir

Wajarkah hal melibatkan agama di Politikkan demi memancing undi bukan Islam,PM bagi tadi agak terkejut dengan satu tulisan yang menunjukkan kenyataan DR Maza mengatakan JAIS sebagai taliban atau lebih tepat pengganas sedangkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) lebih arif dalam menjalankan tanggungjawabnya ketika menyerbu majlis perkahwinan seorang wanita Islam mengikut upacara agama Hindu
Perkara yang sama juga mendapat respon dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu menyifatkan tindakan diambil kerana Jais bertanggungjawab memainkan peranan sewajarnya mengutamakan kepentingan agama Islam di Selangor.
“Tentunya di atas urusan dan tanggungjawab yang diserahkan itu untuk menjaga kepentingan Islam di Selangor dan prosedur, Jais lebih arif berdasarkan kuasa yang diberikan di mana dalam peruntukan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan Senarai 2, agama Islam adalah di bawah kuasa majlis agama Islam negeri.
“Kita mengharapkan semua menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak yang diberi kuasa oleh majlis agama Islam negeri (Jais) untuk memainkan peranan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu yang menyalahkan Jais kerana tidak mematuhi operasi standard (SOP) apabila menyerbu majlis perkahwinan Zarina Abdullah Majid yang dijalankan di sebuah kuil di Petaling Jaya.
Menurut Jamil Khir, majlis agama Islam harus memainkan peranan untuk mempertahankan tanggungjawab agama di bawah kuasa yang diberikan mengikut undang-undang.
“Sebarang kegagalan dalam hal seperti ini, mungkin majlis agama akan dilihat sebagai faktor yang gagal dalam melaksanakan tugas mereka,” katanya.
Pada Rabu, Abdul Khalid menyifatkan serbuan Jais sebagai perkara yang ‘memalukan’ bagi jabatan berkenaan.
“Menurut Jais ia bukan serbuan. Menurut polis ia satu serbuan, bagi pihak kita ia satu serbuan dan ini memalukan. Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi detik paling indah dan mereka tidak wajar merosakkanya, ” katanya.
Malah katanya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati tidak mengikut SOP ditetapkan

Bagi MB Selangor pula apa hak anda untuk jadi tuan pada jais sampai bab agama pun nak minta kebenaran beliau,takkan ini akan mengganggu hasil penyiasatan,kalau Jabatan Agama tak ambik tindakan berkenaan umat Islam yang murtad ni,bagi DR Asri pula mungkinselepas ini akan menyalahkan Jabatan Agama kononnya tidak menjalankan kewajipan. Tapi bila di serbu pulak, mereka sibuk komplen kata kena berbincang dulu dengan mereka

Asri ni memang dari dulu suka cari publisiti murahan.. Semuanya dia saja yang betul dan tak ada tindakan yang orang lain buat kena di mata dia..

Asri suruh JAIS bersikap profesional.., tapi masalahnya nak profesional apanya lagi kalau sampai yg Islam tu siap pakai baju pengantin dan nak tunggu pusing keliling api untuk di ikat tali perkahwinan berlainan agama?

Nak kata Islam tu zalim kerana tak membenarkan umatnya menukar agama? Salah kenyataannya itu  kerana umat Islam diajar supaya menjaga saudara-saudara seagamanya.. Inilah yang dibuat oleh JAIS dibawah kuasa yang diperuntukan pada Jabatan tu..

DR Asri tak sepatutnya berkata tindakan JAIS macam Taliban sedangkan dia sendiri pun tak buat apa-apa untuk menjaga umat Islam keseluruhan.. Setakat nak cari publisiti murahan dalam media dan mengelirukan umat Islam dengan putar belit ayat, itu amat mudah klu dulu masa menjdi Mufti dia kata lain sekarang kata lain alahai apa barang..

Pada Khaled Ibrahim pm nak ingatkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak sebelum membuat sebarang serbuan kerana ia hanya akan mengganggu proses penyiasatan, pihak Jais mengambil tindakan terhadap aduan orang ramai berkaitan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen 1988 ini atau dengan kata lain menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di Selangor,”ini melibatkan Murtad dan perlu penyiasatan terperinci

Tiada ulasan: