Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 5 Jun 2014

KERANA TIDAK BERSIKAP ADIL !!! PKR BAKAL MELINGKUP AOPPP ..KESIAN ?

KEMAMAN - Hampir 300 ahli PKR Cabang Kemaman akan keluar parti sekiranya calon ketua cabang yang mereka sokong, Ramlee Hamzah kalah dalam pemilihan parti itu.

Bekas Ketua Ranting Jakar, Teow Chew Huat berkata, tindakan itu sebagai tanda protes kerana bekas Naib Ketua PKR Cabang Kemaman, Lee Sang Liem, 58, digugurkan daripada menjadi calon timbalan ketua cabang pada saat akhir.

Katanya, berikutan itu segelintir ahli PKR Cabang Kemaman tidak berpuas hati kerana Sang Liem seolah-olah dianiaya sedangkan beliau kuat bekerja untuk parti.

“Kami cuma mahukan proses pemilihan yang adil. Patutnya lawanlah secara 'gentleman’. Tak perlu main kotor. Kalau nak main kotor baik tak payah diadakan pemilihan.

“Tindakan gugurkan Sang Liem sebagai calon pada saat akhir sangat mendukacitakan dan sangat tak logik,” katanya ketika ditemui pada proses pemilihan PKR Cabang Kemaman yang diadakan di pejabat PKR cabang itu, semalam.

Chew Huat berkata, dia berani bersuara kerana simpati akan nasib rakan seangkatannya itu yang sama-sama menyertai PKR sejak parti itu diwujudkan pada 1999.

“Mungkin ada orang takut, Sang Liem menang..jadi pada saat akhir namanya digugurkan. PKR sebelum ini dakwa pemilihan parti lain kotor, tapi hakikatnya pemilihan PKR lebih daripada itu,” katanya.

Difahamkan Sang Liem hanya mengetahui namanya digugurkan sebagai calon semalam sedangkan pada minggu lalu namanya masih kekal sebagai calon.

Kata Chew Huat, ahli PKR yang akan keluar parti adalah hampir 100 ahli di kawasan Jalan Jakar dan kira-kira 200 ahli di Ayer Jerneh dan mereka akan melompat masuk ke parti DAP atau parti lain yang relevan dengan perjuangan mereka.

Pemilihan parti itu menyaksikan perlawanan dua penjuru untuk jawatan ketua cabang, iaitu antara Ramlee dan penyandangnya yang juga Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Disebabkan nama Sang Liem digugurkan, Kamarudin Chik yang juga calon kerusi Parlimen Kemaman pada PRU13 lalu menang tanpa bertanding untuk jawatan timbalan ketua PKR cabang itu.

Bagi jawatan Naib Ketua Cabangnya pula, Chim Fook Cheen ditentang Mohd Shafie Attan.

Walaupun timbul sedikit rasa tidak puas hati, proses pemilihan berjalan lancar, namun hanya seramai 147 daripada 1,085 ahli keluar mengundi dan daripada jumlah itu seramai 49 ahli turut mengundi untuk Angkatan Muda Keadilan (AMK), manakala sejumlah 42 ahli mengundi untuk Majlis Pimpinan Wanita Pusat.

Keputusan rasmi pemilihan itu dijangka diketahui paling awal pada jam 4 pagi.
Catat Ulasan