Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 4 Jun 2014

91 kes rogol di K'tan lima bulan pertama 2014 !!!Takziah Pas kerana Gagal mentarbiah Rakyat Kelantan ?


Polis Kelantan berkata 91 kes jenayah rogol dilaporkan di negeri itu dalam tempoh lima bulan pertama 2014, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata daripada jumlah, 88 kes telah berjaya diselesaikan dan 90 individu ditahan.

Menurutnya, 92 kes rogol dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lalu.
    
Insiden terbaru yang mendapat perhatian ramai adalah kes dua remaja berusia 15 tahun dan 17 tahun yang dilaporkan dirogol sekumpulan lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian di Ketereh, 20 Mei lalu.
     
Dalam pada itu, Jalaluddin menarik perhatian pihaknya menyelesaikan 214 daripada 225 kes rogol sepanjang 2013 yang menyaksikan 161 individu ditahan.

Jom sahabat pm kita selidik serba sedikit kisah negeri kelantan ini dan pm amat tertarik dengan cerita dari blog sahabat seperjuangan di bawah ini yang admin petik 100% dari blog http://kickdefella.net/2011/10/31/bukti-pelacuran-terus-pesat-di-kota-bharu-ops-johnson-ii/

Jom baca tulisan tersebut!!!adakah kerana tak mahu keluar duit maka merogol menjadi pilihan kedua mereka ?



Posting Asal
Ternyata sebelum Februari 2011, ramai diantara kita tidak pernah dengar bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Tetapi apabila blog ini mendedahkan aktiviti pelacuran di Kelantan, ramai penyokong tegar PAS yang mahu menutup malu memberitahu kita bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Yang pasti, tidak ramai umat Islam ke Mekah mengambil kesempatan meninjau aktiviti pelacuran di sana.

Minggu lepas, agen Johnson dan saya kembali ke Kota Bharu untuk membuat tinjauan susulan terhadap aktiviti pelacuran di bandar itu setelah pendedahan kami memaksa Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam bertindak menyerbu sarang pelacuran di sana. Daripada sumber-sumber risikan kami, tindakan MPKB-BRI yang melepas batuk ditangga itu tidak membawa apa-apa kesan terhadap aktiviti pelacuran di Kota Bharu.

Sumber risikan kami juga melaporkan aktiviti tersebut masih bergiat aktif di lokasi yang sama. Video di bawah adalah bukti yang kami perolehi sendiri hasil Ops Johnson II yang telah menunjukkan kesahihan sumber yang kami terima.
Kami dapati aktiviti pelacuran di Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, yang hanya 400 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan terus aktif. Aktiviti di situ bermula seawal jam 7.30 malam dan reda menjelang jam sepuluh malam sepanjang 3 hari tinjauan kami.
pelacuran di Kelantan II
pelacuran di Kelantan II
Operasi kami juga mendapati tindakan MPKB-BRI dan ceramah politik pimpinan PAS setiap malam berserta kempen-kempen ‘Islamik’ PAS Kelantan sebelum ini ternyata tidak berkesan sama sekali. Menerusi temubual dengan ‘bapak ayam’ di situ ternyata mereka tidak terancam langsung. Bahkan aktiviti pelacuran itu terus dibuat secara terbuka.
Pelanggan mempunyai pilihan sama ada untuk menempah pelacur-pelacur yang berdiri di tepi barisan kedai Jalan Hamzah atau masuk ke kawasan perumahan Limau Manis di mana sekumpulan pelacur lagi sedia menanti pelanggan di hadapan kawasan perumahan di situ. Atau anda juga boleh terus memasuki sebuah lorong kecil dan terus ke sebuah rumah kayu yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan.
Pelacur yang dilanggan dengan harga RM60 untuk ‘satu shot’ ditepi jalan itu akan mengiring anda ke rumah kayu itu dimana terdapat beberapa buah bilik. Memandangkan di dalam operasi yang lalu Agen Johnson sudah masuk ke rumah tersebut, maka kali ini kami menggunakan taktik lain bagi mengesahkan sumber risikan yang kami terima.
Kami bertanya sekiranya pelacur itu boleh di hantar ke mana-mana hotel di sekitar Kota Bharu. Ternyata perkhidmatan itu juga disediakan dengan harga RM150 ‘satu shot’. Pelacur itu akan dihantar dan seorang lelaki akan memastikan bahawa perkhidmatan yang mereka tawarkan itu berjalan lancar tanpa gangguan dengan berkawal di premis yang anda arah agar pelacur itu dihantar.
Video yang kami rakamkan menunjukkan kawasan sekitar Jalan Hamzah, Kampung Limau Manis dan di hotel tempat pelacur itu datang untuk memberikan perkhidmatan.
Pelacuran di Jalan Hamzah terkenal sejak zaman pemerintahan PAS pada era 60an dan 70an lagi. Bagaimanapun, apabila Barisan Nasional mengambil alih Negeri Kelantan pada tahun 1978, kawasan tersebut telah dibangunkan. Tempat yang dulu terkenal dengan pusat ‘Kopi Korek’ telah berakhir. Barisan Nasional kemudiannya mengeluarkan lesen-lesen pusat hiburan dan kebanyakannya tertumpu di dua tiga hotel kecil.

Pelacur yang datang ke sebuah bilik hotel di Kota Bharu.
Tetapi apabila PAS menawan semula Kelantan pada tahun 1990, PAS telah memastikan pusat-pusat hiburan tersebut telah berkubur kerana bertentangan dengan konsep ‘Membangun Bersama Islam’ oleh PAS. Tetapi disebabkan kelemahan pentadbiran dan penguatkuasaan aktiviti pelacuran jalanan dan pusat-pusat hiburan haram mula tumbuh seperti cendawan.
Pelacur pondan Kota Bharu di bilik yang disediakannya
Hari ini, selain pusat pelacuran jalanan di sekitar Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, aktiviti pelacuran juga dijalankan dipremis-premis tertentu yang berselindung disebalik lesen-lesen tertentu yang dikeluarkan oleh MPKB-BRI. Bagaimanapun, apa yang kami difahamkan premis-premis yang menawarkan perkhidmatan GRO yang juga menyediakan perkhidmatan seksual ini hanya boleh dimasuki menerusi ‘invitation’ sahaja.
Sebuah tempat karaoke di berhampiran dengan DUN Chempaka yang diwakili oleh Nik Aziz
Pada malam hari, disebalik pokok-pokok ini menjadi pusat karaoke terbuka dan terdapat juga ‘GRO-GRO Veteran’.
Apa guna penyokong-penyokong PAS membandingkan aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur yang di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat dan aktiviti pelacuran di Pulau Pinang dan Selangor yang dibawah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat? Tidakkah mereka sedar peratusan penduduk Islam di Kelantan dan di Kuala Lumpur dan di negeri-negeri tersebut jauh sekali bezanya. Bandar-bandar tersebut juga tidak berstatus Bandar Raya Islam dan tidak diperintah oleh ulama’ PAS dan Ahli Majlis Perbandarannya dipenuhi mereka berkopiah haji?
Namun begitu, setiap minggu kita sentiasa dimaklumkan bahawa aktiviti-aktiviti membanteras aktiviti maksiat berjalan pesat di negeri-negeri tersebut tetapi tidak sepesat mana di Kelantan.
Apa guna Dewan Pemuda PAS terpekik terlolong setiap kali ada artis Barat dijemput membuat konsert di Malaysia? Apakah lebih baik mereka menjaga dulu aktiviti kemaksiatan yang tidak terkawal di negeri yang telah diperintah oleh Mursyidul Am mereka selama lebih 20 tahun.
Tidaklah perlu mereka mengatakan pelacuran adalah profession tertua dan Nabi Muhammad S.A.W pun gagal menghapuskannya kerana kalau itu alasan mereka, saya yakin seorang pelacur yang bertudung yang kami temui di Kota Baru itu akan mampu menjawab, ‘kubur mu hok mu, kubur aku hok aku, mu duli apa!’
Dan saat itu, pelacur itu jauh lebih mulia dari mereka yang hipokrit di dalam PAS. Setidak-tidaknya, pelacur itu hanya menggadaikan tubuh mereka untuk sesuap nasi, bukan menggadai Agama Islam untuk dapat konsesi balak, menambah bilangan isteri dan membeli kereta Mercedes.

Tiada ulasan: