GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Tawar, Datuk Jahara Hamid tetap mendesak R.S.N. Rayer yang juga Adun Seri Delima supaya meminta maaf dan menarik kenyataan biadapnya terhadap Umno.
“Perkataan ‘celaka, celaka Umno kurang ajar, biadap celaka mereka’ merupakan perkataan cukup jijik menghina ahli Umno.
“Kenyataan ini menimbulkan perasaan benci dan provokasi terhadap semua ahli Umno,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul tergempar Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai kekecohan yang dicetuskan sekumpulan penyokong Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) petang Rabu.
Guan Eng yang juga Adun Air Putih membawa usul mengulangi kecaman terhadap tindakan yang disifatkan sebagai mencemar kemuliaan institusi DUN dan kedaulatan Malaysia untuk disokong wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional.
“Tiada masalah kalau mahu kita sokong usul ini tapi Rayer perlu terlebih dahulu memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dikeluarkan di dalam dewan yang mulia ini pada Selasa.
“Memang kita tidak puas hati dan tidak setuju atas apa yang berlaku. Kalau melabelkan mereka sebagai ‘samseng’ kita juga harus mengawal samseng di dalam dewan ini,” katanya.
Sementara itu, Guan Eng turut mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas untuk mengeluarkan satu laporan khas berkaitan insiden ini bagi memastikan ia tidak berulang lagi.
“Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Yang di-Pertua DUN dan turut disertai Timbalan Yang di-Pertua , Adun Padang Kota, Permatang Pasir dan Ketua Pembangkang yang akan melaporkan kepada DUN asal-usul kejadian hitam ini,” katanya.
Terdahulu, Rayer berkata beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya “pemimpin Umno celaka”.
Bagi pendapat admin tindakan ini sememangnya kebiadapan yang sangat melampaui batas lebih lebih lagi sebagai seorang wakil Rakyat dan perkara ini jika di biarkan di bimbangi akan memecah belah keharmonian kaum di Negara kita
"UMNO Celaka!
Reezal Merican celaka! Melayu2 yg sertai himpunan Mendaulatkan Islam & Mempertahankan Melayu di Bandar Sunway Celaka!"
Bila disebut UMNO celaka bermakna ORANG2 MELAYU& BANGSA MELAYU ADALAH CELAKA... ORANG2 ISLAM ADALAH CELAKA...
SELEPAS MENGUCAPKAN SENTIMEN KEBENCIAN INI WAJAR KAH DIA DENGAN BANGGA MENGELUARKAN KENYATAAN ENGGAN MEMOHON MAAF PADA MELAYU DI SINAR HARIAN SEMALAM !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan