Apabila tiba musim pilihan raya atau Pilihan Raya Kecil pastinya Abby Abady tidak ketinggalan menonjolkan diri dalam kempen kempen pembangkang namun admin pm hairan juga kenapa kali ini admin belum nampak bekas artis kontrevesi ini lagi
Mungkin telah sedar yang parti yang di sokongnya di perkudakan Dap atau sibuk dengan urusan Rumah tangganya yang di katakan retak menanti belah tu pm kurang Pasti.Wallahuaklam
Mengenai kisah Abby ini rupanya menimbulkan tanda tanya pada bekas suaminya iaitu norman hakim yang menyatakan amat terkejut dengan berita rumahtangga abby yang retak menanti belah
Norman berkata, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar selain mendoakan agar kedua-dua pihak menemui jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul.
“Saya sangat terkejut apabila isteri saya, Memey memberitahu dia terbaca kapsyen foto di Instagram Abby seolah-olah perkahwinan Abby sedang berhadapan dengan masalah.
Terdahulu pada Sabtu lalu Abby memuat naik status pada Instagram miliknya seolah-olah rumah tangga dia berhadapan dengan ujian selain memohon peminat mendoakan kebahagiaan dia dan suami.
Status tersebut membuatkan ramai yang mengandaikan hubungan Abby dan Muhammad Noor Farhan sedang bergolak.
Dalam pada itu, tambah Norman, dia juga meminta orang ramai untuk berdoa agar pasangan berkenaan dapat menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin.
“Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya. Moga masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan