Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 3 Mei 2014

UNIT AMAL,SAMM SERTA INDIVIDU YANG MENGASARI PIHAK MEDIA BAKAL DI CARI HINGGA KELUBANG CACING GARA GARA LANGGAR AKTA PERHIMPUNAN AMAN ?PADAN MUKA ?

Penganjur serta beberapa individu yang sedang di kenalpasti sama sekali gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana telah menimbulkan kekecohan,maka jika ada sebarang tangkapan jangan pulak kata ini tak adil kerana setiap kebiadapan korang dah banyak menyusahkan Rakyat malah admin pm menyokong penuh segala ketegasan yang bakal di ambil dan di harap ianya di buat seperti apa dikata agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beliau telah mengarahkan polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengasari beberapa anggota media ketika membuat liputan Himpunan Bantah GST di Dataran Merdeka semalam.
  • Kementerian dan polis bersimpati dengan petugas media yang dikasari dan siasatan akan dilakukan polis untuk tindakan selanjutnya.
  • Insiden jelas menunjukkan bahawa penganjur gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana telah menimbulkan kekecohan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  • Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, tiga jurukamera dikasari oleh sekumpulan peserta yang berpakaian serba hitam dan menutup muka,dua daripada mereka ditumbuk dan disepak, sementara seorang lagi terkena balingan kayu.
  • Pasukan Amal PAS dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut bergaduh sesama sendiri atas beberapa faktor yang mereka ketahui dan tidak ketinggalan akan di kenakan tindakan
  • Perhimpunan itu turut mengganggu urusan harian masyarakat dan mengganggu perniagaan di sekitar kawasan berkenaan.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa selagi kita boleh adakan rundingan untuk mereka ikuti garis panduan APA kita akan berunding, tetapi jika mereka mahu tindakan sebaliknya dilakukan mereka harus terima akibat dengan perbuatan mereka sendiri,

Dalam perhimpunan di ibu negara yang dihadiri kira-kira 12,000 orang semalam, segelintir peserta membawa kanak-kanak, kain rentang, bendara parti politik, suar dan bom asap yang jelas melanggar syarat-syarat dalam APA 2012.

Tiada ulasan: