Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 27 Januari 2014

Anwar ganti Khalid jadi MB Selangor?

anwar khalidPETALING JAYA – Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin mencapai kemuncaknya apabila timbul cakap-cakap bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan sudah bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid dilaporkan akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut-sebut akan menggantikan beliau.
Portal mStar memetik sumber dalaman PKR sebagai berkata, Abdul Khalid dijangka mengumumkan keputusan mengejutkan itu pada Rabu ini.
Jika laporan itu benar, ini bermakna, satu pilihan raya kecil dijangka perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut.
Kemelut dalam PKR Selangor bermula apabila Abdul Khalid dikatakan menjadi dalang sebalik penyingkiran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi penggal baharu.
Ekoran kontroversi itu, ada dakwaan yang mengatakan wujud cubaan untuk mengurangkan pengaruh Mohamed Azmin menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.
Namun, kem Khalid pula mendakwa, kontroversi itu sengaja diatur untuk mengurangkan populariti beliau beliau yang dijangka mencabar kedudukan Mohamed Azmin pada pemilihan parti tersebut tidak lagi.

Tiada ulasan: