Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 16 Mei 2014

Ramkarpal tetap tolak hudud Tak perlulah penyokong Pas Tampal Poster Kononnya dia menyokong Hudud ?

GEORGETOWN – Calon DAP, Ramkarpal Singh Deo tetap dengan pendirian menolak pelaksanaan hudud di negara ini.
“Saya tetap sama dengan pendirian mendiang bapa, Karpal Singh dan DAP yang menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini,” katanya ketika mengulas tindakan pihak tertentu menggunakan gambarnya yang diubahsuai serta logo DAP pada poster ‘Hudud For All 2020’ yang disebarkan di Facebook.
Menurutnya, poster berkenaan tidak ada kena mengena dengannya sebaliknya mahu merosakkan reputasinya sebagai calon DAP.
“Sebarang poster yang menggunakan isu hudud  tertera gambar saya sama sekali bukan dicetak jentera PR dalam kempen PRK Bukit Gelugor,” katanya.
Sementara itu, Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh berkata, kerajaan negeri akan membuat laporan polis serta meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan poster yang menggunakan logonya sekitar Bukit Gambir dan Taman Tun Sardon.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak menggunakan logo yang tertera pada poster khususnya memperjuangkan hudud.
“Tindakan menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran adalah perlakuan  tidak bertanggungjawab selain kelirukan rakyat,” katanya.
Jagdeep yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, poster berkenaan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri.
Menurutnya, mana-mana pihak yang mahu menggunakan logo kerajaan negeri perlu membuat permohonan.

Tiada ulasan: