Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 24 Mei 2014

PRK TELUK INTAN - Dyana Sofya tidak tahu sejarah – Alumni UiTM

SHAH ALAM – Mohd. Syukri (dua dari kiri) menjawab soalan wartawan pada perhimpunan Alumni UiTM membantah kenyataan Dyana Sofya di Rumah Alumni UiTM Shah Alam, Selangor semalam.
Alumni UiTM meminta semua pihak termasuk bekas penuntut universiti itu, Dyana Sofya Mohd Daud menghentikan meniup api perkauman dan sentimen anti-Melayu serta anti-Bumiputera terhadap institusi pengajian tinggi itu.
Setiausahanya, Mohd. Syukri Ishak berkata, keceluparan calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan itu secara tidak langsung memberi kebenaran kepada kata orang tua-tua, “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Beliau yang membaca deklarasi dinamakan ‘Deklarasi Shah Alam’ di hadapan lebih 100 bekas penuntut universiti itu di Rumah Alumni UiTM Shah Alam, petang semalam menjelaskan, wawasan IPT itu ialah untuk memupuk kesarjanaan dan membina kecemerlangan akademik agar anak Melayu mampu memimpin dalam apa juga arena.
Katanya, UiTM sangat komited membantu anak Bumiputera mendapatkan pendidikan sehingga ke peringkat akademik yang tertinggi, di samping mempersiapkan mereka untuk melangkah ke alam pekerjaan.
“Toleransi dalam institusi pendidikan yang dicapai antara kaum dan pimpinan kaum di Malaysia serta Kontrak Sosial yang dicapai secara bersama menyebabkan orang Cina dan India memahami bahawa UiTM diwujudkan untuk orang Melayu dan Bumiputera.
“Namun, kontrak sosial ini sering dilupai mereka sehingga mendorong Raja-Raja Melayu beberapa kali mengingatkan kita mengenainya kebelakangan ini,” katanya.
Beliau mengingatkan golongan berkenaan, bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, hak istimewa orang Melayu Bumiputera Sabah dan Sarawak, kedudukan istimewa Islam dan Raja-Raja Melayu terletak ditempat tinggi sehinggakan peruntukan Perlembagaan berhubung perkara ini tidak boleh dipinda walaupun mendapat sokongan dua pertiga Parlimen.
Katanya, Perkara 153 juga mengisytiharkan adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
“Ini dilakukan dengan kewujudan UiTM dan Yang di-Pertuan Agong juga merupakan Cancelor UiTM. Baginda juga mempunyai kuasa untuk memastikan rizab bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak, jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain terjaga.
Mengenai dakwaan Dyana, UiTM bukan milik UMNO atau Barisan Nasional (BN) serta penuntutnya tidak perlu terikat kepada parti itu, Mohd. Syukri berkata, universiti itu ditubuhkan oleh pejuang UMNO sebelum ini, malah ITM (Institut Teknologi Mara) juga dirasmikan mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, sebelum diisytiharkan sebagai universiti (UiTM) oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sememangnya tiada mana-mana akta atau arahan bahawa pelajar UiTM perlu terikat dengan parti, malah UiTM tetap mendokong demokrasi.
“Namun, atas dasar orang yang tahu mengenang budi dan tahu membalas jasa, maka menjadi hak pelajar untuk menyokong BN dan UMNO,” katanya
Catat Ulasan