Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 24 Mei 2014

MAINKAN ISU PANDA MENAMPAKKAN KEBODOHAN PEMBANGKANG ?

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Tindakan segelintir pihak yang gagal memahami hubungan akrab antara Malaysia dan China dengan menimbulkan pelbagai manipulasi dan persepsi negatif adalah bukti bahawa mereka tidak bijak dan hidup umpama katak bawah tempurung, kata Setiausaha Agung Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub.
Katanya, kehadiran dua ekor panda gergasi China yang dipinjamkan kepada Malaysia melalui Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi, Rabu lalu sewajarnya dilihat secara positif.
setiausaha-agung-veteran-umno-mustapha-yaakub
“Mana-mana pihak khususnya pakatan pembangkang perlu melihat secara terbuka dengan memahami keseluruhan kesinambungan perjalanan hubungan yang terjalin antara Malaysia dan China serta menyelami maksud simbolik kehadiran panda terbabit,” katanya kepada UMNO-Online.
Tegasnya, Malaysia adalah sebuah negara yang amat kecil jika dibandingkan dengan China dan jika diukur dari aspek populasinya pun, Malaysia hanya 29 juta sedangkan China mempunyai lebih 1.35 bilion.
“Orang yang gagal berfikir secara waras akan memandang rendah nilai hubungan antara Malaysia dan China sedangkan realitinya hari ini negara terbabit adalah antara kuasa besar dunia, memiliki pelbagai aset, sistem pertahanan dan ketenteraan yang sangat-sangat dikagumi dan pembangunan perdagangan serta ekonomi yang amat tinggi.
“Sebagai sebuah negara kecil sepatutnya kita rasa bangga dengan kehadiran pasangan panda ke Malaysia kerana bagi kerajaan China, panda ini adalah simbolik kepada ikatan istimewa dengan negaranya,” katanya.
Dalam melakarkan hubungan akrab Malaysia dan Beijing panda tersebut amat signifikan sebagai meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang dimulai oleh Tun Abdul Razak dalam kunjungan kepada pemimpin tertinggi China, Mao Tse-Tung pada tahun 1974.
sejarah-lawatan-hubungan-malaysia-pm-tun-abdul-razak-umno-bn-china-mao-tse-tung-china-parti-cpc-komunis
“Pakatan pembangkang mempertikaikan jumlah perbelanjaan untuk pemeliharaan dan penjagaan pasangan panda terbabit yang berjumlah RM25 juta sedangkan nilai perdagangan untuk eksport kita ke China sahaja berjumlah USD100 bilion setahun.
“Kita perlu bijak membuat kira-kira, jangan hanya berfikir ikut sedap diri sendiri atau untuk agenda politik tetapi kita perlu menyelami manfaat yang bakal kita peroleh. Dari sudut ekonomi misalnya, tentunya apabila ekonomi kita bergerak mapan maka dan mempunyai jaminan untuk jangka masa panjang maka secara automatik kemajuan negara dapat dicapai,” katanya.
Bidas beliau lagi, mana-mana pihak janganlah berfikiran sempit sebaliknya perlu matang terutamanya apabila Malaysia bakal mencapai status negara maju yang perlu diisi dengan rakyatnya celik minda dan tidak buta menilai satu-satu ikatan.
Dilaporkan, bagi kerajaan China pemberian panda adalah tanda penghargaan dan hubungan istimewa sebagaimana pada tahun 1957 seekor panda telah diberikan kepada Rusia yang telah mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai negara berdaulat selain pada 1972 pula Amerika Syarikat menerima pasangan panda hasil lawatan rasmi Presidennya ke Beijing iaitu tanda permulaan hubungan diplomatik kedua-dua negara. - MediaUMNO

Tiada ulasan: