Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 23 Mei 2014

Bukan Pemuda Umno yang mulakan Kekecohan Depan Pejabat DAP malah Seorang anggota SAMM di Sah kan di tangkap


GEORGETOWN - Seorang anggota Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), ditahan kerana mencetuskan provokasi sehingga menimbulkan kekecohan dengan sekumpulan penyokong Umno yang berhimpun di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, lelaki berusia 20-an itu berhenti di hadapan kira-kira 50 penyokong Umno yang sedang berhimpun tengah hari ini dan berlaku perang mulut antara mereka. 

"Lelaki itu yang memakai baju lambang badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan tiba-tiba muncul di hadapan Dun tempat sekumpulan lelaki berhimpun bagi membantah tindakan seorang wakil rakyat. 

"Polis bertindak pantas menahan lelaki itu kerana bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini. Lelaki itu dibebaskan pada pukul 2 petang ini selepas polis mengambil keterangannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Kumpulan lelaki berkenaan hari ini sekali lagi berkumpul di hadapan Dun bagi meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer yang mengeluarkan perkataan 'Umno celaka' menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf.

Semalam, sekumpulan lelaki yang mengaku sebagai ahli Umno dan NGO itu merempuh pagar utama Dun Pulau Pinang dan memasuki dewan untuk mencari Rayer yang mengeluarkan perkataan itu ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Selasa lepas. 

Mior Faridalatrash berkata setakat ini pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kenyataan wakil rakyat berkenaan dan siasatan lanjut mengenai perkara itu dijalankan.

Exco Pemuda Umno, Arman Azha Abu Hanifah berkata lelaki itu memulakan provokasi dengan menunjukkan topi keledarnya yang tertera perkataan 'asal bukan Umno'. 

"Dia datang ke arah kami dan bersalaman kemudian tunjuk helmet yang tertera perkataan 'asal bukan Umno', dia cuba membangkitkan kemarahan kami," katanya. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Rayer itu boleh membuat laporan polis bagi membolehkan ia disiasat mengikut Akta Hasutan.

Beliau berkata walaupun seseorang wakil rakyat itu mempunyai kekebalan dalam Dun atau Parlimen, mereka juga boleh dikenakan tindakan undang-undang jika kenyataan mereka itu menyalahi Akta Hasutan.

"Jika percakapan atau apa yang disebut oleh wakil rakyat itu berbaur hasutan dan ada pihak atau orang ramai yang tidak berpuas hati mereka boleh membuat laporan polis dan pihak berkuasa akan membuka kertas siasatan mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Memerangi Dadah Peringkat Pulau Pinang, di sini. 

Wan Junaidi berkata kertas siasatan berhubung perkara itu akan diserah kepada peguam negara dan akan dinilai sama ada kenyataan wakil rakyat berkenaan menyalahi Akta Hasutan atau tidak. 

"Jika betul salah, wakil rakyat terbabit boleh didakwa di mahkamah. Semasa saya menjadi Timbalan Speaker Parlimen dahulu, ada kes seperti itu dan ada orang yang buat laporan polis walaupun beliau (wakil rakyat) bercakap dalam dewan," katanya.

Ditanya tentang usul sidang dewan negeri Pulau Pinang mengarahkan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi mengambil alih tugas keselamatan di luar dan dalam perkarangan Dun, Wan Junaidi berkata Speaker Dun Datuk Law Choo Kiang mempunyai kuasa untuk meminta polis mengawal dan menghalang orang masuk ke kawasan itu. - Bernama

Tiada ulasan: