Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 19 Mei 2014

PRK BUKIT GELUGUR:PENGUNDI KECEWA NASIB MELAYU TAK TERBELA GARA GARA BN TIDAK MELETAK CALONNYA

GEORGE TOWN: Beberapa pengundi Melayu mengakui enggan keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, 25 Mei ini.
Tinjauan mStar Online mendapati, antara alasan yang diberi penduduk terbabit adalah untuk mengurangkan majoriti DAP atau memecahkan undi yang diperoleh parti pembangkang itu.
PRK Parlimen Bukit Gelugor mempunyai 61,112 pengundi Cina atau 74.49 peratus dan pada Pilihan Raya Umum lalu, Karpal Singh yang juga bekas pengerusi DAP, meraih majoriti 42,706 undi.
Contohnya, penduduk di Taman Tun Sardon, Gelugor, Nadia Zarit yang mengakui tidak berhasrat mengundi kali ini kerana dengan cara itu sahaja dapat mengurangkan jumlah majoriti undi yang pernah dimenangi DAP.
“Saya tak nak keluar mengundi. Bukan tidak mahu menunaikan tanggungjawab tetapi kecewa kerana Barisan Nasional (BN) tidak menurunkan calonnya pada kali ini.
“Sekurang-kurangnya jika BN bertanding, kita tahu sedikit sebanyak nasib penduduk Melayu pasti terbela. Jadi lebih baik tidak keluar mengundi,” katanya yang membantu menguruskan gerai nasi lemak bapanya di sini.
Wanita berusia 26 tahun itu berkata, beliau turut bimbang dengan nasib orang Melayu di negeri ini yang dilihat mula diusir secara ‘halus’ supaya keluar dari kawasan tersebut.
“Memang mereka tak halau secara terang-terangan, tetapi tindakan itu dibuat secara halus. Kita dah nampak sikit-sikit apabila rumah flat berdekatan dijual pada harga RM90,000, sedangkan harga sebelum ini RM20,000,” katanya.
Seorang lagi penduduk di Kampung Melayu Air Itam, Mohd Jabar Zaidin juga percaya ramai pengundi Melayu tidak mengundi Ahad ini.
“Anda perlu tahu orang Melayu merupakan pengundi kedua teramai selepas kaum Cina. Jadi jika trend ini berlaku, Ramkarpal dan DAP dilihat gagal menyambung legasi Karpal Singh,” katanya yang berusia 39 tahun.
Sementara itu, seorang kakitangan kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat, 40, berkata, kehadirannya di pusat mengundi untuk memecah undi yang bakal diperolehi DAP.
“Kita kena lakukan perkara ini tanpa mengira siapa calon Bebas yang bertanding. Kita tahu tindakan ini merupakan salah satu cara untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan negeri,” katanya.

Tiada ulasan: