Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 22 Mei 2014

PEMUDA UMNO DI HERDIK SEORANG AHLI DAP KETIKA CUBA MENGHANTAR MEMORENDUM BANTAHAN DEPAN PEJABAT DAP?

Wakil dari Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan satu tunjuk acara penyerahan memorendum membantah tindakan biadap  Adun DAP Sri Delima, RSN Rayer yang mengeluarkan kata-kata kesat ke atas Umno dan masyarakat Melayu pada sidang Dun Pulau Pinang, baru-baru ini di hadapan Ibu Pejabat DAP di Jalan Pudu, di sini, hari ini.
Lim Kit Siang sering menjerit bahawa UMNO RASIS, tetapi lihatlah ini kenyataan daripada ADUN DAP Seri Delima. Kepada mereka yang tidak akan percaya sila klik link ini http://bit.ly/1neafPw

SEKADAR RENUNGAN UNTUK SAHABAT PM SEMUA

Cara umno yang menghantar memorendum bantahan jauh lebih baik dari cara pakatan menghasut satu malaysia berhimpun dalam umno tidak di kumpul sebanyak mana orang malah kalau maruah kita di hina patut juga kita berasa marah membantah cara kebiadapan dap ni 


Cakap memang mudah apa beza pemimpin umno dan nik aziz ni saya nak bertanya dengan anda?kedua cuba nik aziz di katakan cilaka secara terang terangan pastinya anda marah bukan?
Jika nak kira dari segi agama pula pemuda Umno hanya menentang dap berbanding pas pkr terang terang menentang Kerajaan yang sah dan Hukum menentang Kerajaan yg sah apa ? tentunya ada tau tu kan .bagaimana ahlus sunnah waljamaah mentaati pemerintah ?

http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/05/bagaimana-ahlus-sunnah-wal-jamaah.html#.Uhc4NdI3uiA
Bantahan yang pada mulanya bertujuan untuk menyerahkan memorandum bertukar kecoh apabila wakil Dap mengeluarkan kata kata kesat serta biadap terhadap rombongan Umno sehingga menyebabkan pihak polis terpaksa menutup jalan dan mengawal kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.

Menurut Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii, memorandum tersebut diserahkan bertujuan untuk menyelar Adun DAP Sri Delima, RSN Rayer yang mengeluarkan kata-kata kesat ke atas Umno dan masyarakat Melayu pada sidang Dun Pulau Pinang, baru-baru ini.

"Kami mahu dia tarik balik kenyataan dan minta maaf secara terbuka kepada Umno dan orang Melayu di Malaysia.

"Rayer secara terang-terangan menunjukkan sifat di luar batas norma hubungan kaum, DAP harus ambil tindakan segera ke atas dia," katanya ketika ditemui oleh wartawan Sinar Harian Online.

Situasi sebelum itu bertukar gawat apabila salah seorang ahli DAP yang berkawal di bahagian hadapan pejabat mengeluarkan kata-kata yang mencetuskan kemarahan kumpulan terbabit.

Razlan yang berang dengan kata kata biadap ahli Dap tersebut bertindak mengoyakkan memorandum dan melemparkannya tepat ke wajah Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming yang mewakili DAP untuk menerima memorandum tersebut yang dianggap rasis memperlekehkan usaha Umno menghantar bantahan tersebut.

Tiada ulasan: