Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 18 Mei 2014

'Membela Dyana Ibarat Membela harimau yang akhirnya gigit Tuannya'

Dyana masih terlalu muda dan tentu sekali masih lagi tercari-cari pegangan hidupnya.   Secara dasarnya, seorang yang baru berusia 20-an masih belum mampu melihat dunia dengan jelas.  Justeru itu, kita melihat kebanyakan anak muda yang merusuh ketika Reformasi 1998 dahulu, kini kembali rasional dan menyokong kerajaan.  

Seperti kebanyakan anak muda itu, Dyana juga pastinya melihat bahawa sesuatu yang menentang arus itu sebagai menarik, mencabar dan mengujakan.   Dyana mungkin bercita-cita untuk melakukan perubahan melalui DAP untuk kebaikan negara.   Beliau pastinya percaya yang apa yang dilakukan dan jalan yang dipilihnya adalah tepat.

Namun, apa yang Dyana gagal melihat dan belajar ialah apa yang berlaku kepada Tunku Aziz, iaitu seorang yang terkenal dengan integriti dan prinsip yang teguh juga telah meninggalkan DAP.  Beliau mengaku terpedaya beberapa lama sebelum akhirnya tersedar yang beliau telah tersilap meletakkan kepercayaan dan harapan terhadap DAP.   Dyana nampaknya gagal mengambil apa-apa pengajaran dari episod Tunku Aziz.



DAP dilihat terpaksa berlakon dengan memberi ruang kepada calon-calon Melayu kerana sejak sebelum PRU ke13 dan sesudah itu, orang-orang Melayu sangat skeptis dengan perjuangan parti itu.
 
Lebih-lebih lagi ramai tokoh-tokoh Melayu dalam DAP yang dilantik memegang berbagai jawatan kanan dalam parti seperti Tengku Aziz, Razali dan lain-lain sudah sedar dengan muslihat DAP menggunakan melayu merendahkan Islam seperti yang didakwa sebelum ini.
 
Mereka bukan saja meninggalkan DAP secara rasmi,malahan mereka turut mendedahkan kepada umum dasar rasis DAP khusus membabitkan orang-orang Melayu didalam parti itu.
 
Pendedahan yang dibuat itu mengakibatkan orang-orang Melayu sudah tidak menganggap DAP sebagai parti yang berpegang kepada dasar multirasnya. Ia samalah seperti parti-parti yang mewakili masyarakat Cina yang lain yang berjuang untuk nasib bangsa kaum mereka dan yang jelas sahabat pm pun sudah lihat bagaimana rakusnya DAP ini.


SHAH ALAM - "Dyana Sofya  mendapat didikan di UiTM sebuah institusi yang lahir hasil daripada Dasar Ekonomi Baru dan diperjuangkan Umno, malangnya beliau bukan saja tidak bersyukur malah mengigit pula tangan yang memberi beliau peluang belajar dan sebagainya sebelum ini."

Demikian respons Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkenaan dengan pencalonan Dyana Sofya sebagai calon DAP Melayu pertama bagi kerusi PRK Teluk Intan.

Shamsul berkata, peletakan Dyana sebagai calon di kerusi tersebut juga, adalah helah DAP dalam meraih undi masyarakat Melayu.

"Saya lihat DAP cuba menunjukan bahawa mereka kononnya adalah parti yang juga mula berjuang untuk menjaga orang Melayu dengan harapan apabila meletakkan calon Melayu ia boleh menarik undi Melayu di Teluk Intan.

"Jadi saya harap pengundi khususnya pengundi Melayu di Teluk Intan tidak terpengaruh kerana ternyata pemimpin Melayu tiada pengaruh atau kuasa untuk melaksanakan atau mempertahan apa juga isu berkaitan Melayu kerana terbukti sebagaimana yang kita lihat sekarang.

"Bagi saya biarpun calon Melayu, hanya cara dan pendekatan DAP saja berubah tetapi falsafah, ideologi DAP tetap sama malah sikap perkauman mereka tetap menebal malah saya lihat lebih daripada sebelum ini.

"Justeru, saya harap kepada pengundi Melayu jangan terpengaruh kononnya DAP telah berubah apabila calon wanita muda Melayu diletakkan sebagai calon mereka," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam PRK Teluk Intan,yang akan berlangsung pada 31 Mei ini, Dyana akan menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Pada PRU13, Siew Keong tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan wakil rakyatnya Seah, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 1 Mei lepas.-SH


Tiada ulasan: