Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 31 Mei 2014

PASIR DI SONGLAP !!! MANA PETUGAS KHAS YANG KHALED IBRAHIM LANTIK ?

TANJONG KARANG - Peranan dan tanggungjawab petugas khas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor untuk membanteras penyelewengan pasir didakwa tidak berperanan sewajarnya.

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tiada tindakan dilaksanakan kerajaan negeri meskipun pendedahan sudah dibuat sebelum ini.

"Mana perginya petugas khas yang kononnya dilantik untuk membanteras penyelewengan pasir?

"Saya tak nampak petugas khas itu menjalankan tugas. Di mana janji kerajaan negeri yang kononnya telus dan bertindak tegas dalam membanteras isu penyelewengan pasir?

"Saya kesal apabila operasi curi pasir itu turut menggunakan bekalan elektrik secara haram melalui tiang lampu awam untuk penempatan setinggan bagi pekerja asing di kawasan untuk tempoh yang lama," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut operasi bersepadu di beberapa lokasi melombong yang dikenalpasti dijalankan secara haram di negeri ini termasuk di Sungai Long, Kajang.

Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi membendung aktiviti curi pasir yang secara terang-terangan berlaku di Sungai Long, Kajang dan Kampung Menyorok, Batang Kali sehingga merugikan kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, tambah Noh, Umno Selangor mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat individu dan syarikat yang terlibat secara langsung dalam penyelewengan itu hingga ke peringkat akar umbi.

"Enam bulan lalu kerajaan negeri dikatakan sudah mengambil tindakan berhubung isu melombong pasir secara haram di Sungai Long tapi hanya dihentikan seminggu saja...tapi sekarang mereka boleh beroperasi semula seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

"Masa itu kerajaan negeri kata saya tuduh mereka tapi sekarang ini, saya boleh buktikan bersama operasi bersepadu di kawasan sama. Sekarang ini bukan tuduhan tapi realiti yang perlu kerajaan negeri terima.

"Mustahil penguatkuasa daerah tak nampak lori keluar masuk bawa pasir? Mustahil mereka tak tahu sedangkan ada lapan jengkaut pasir di dalam kawasan ini yang boleh dilihat dari jauh," dakwanya lagi.

Tiada ulasan: