KUALA LUMPUR: Ahli Parti Ketidak adilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard digantung keahliannya serta-merta selepas didapati bersalah membuat dakwaan terbuka ke atas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) melalui media.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, turut mengumumkan pemecatan Md Yusop Kamaruddin dari Cabang Pasir Salak selepas ingkar arahan surat penggantungan dengan membuat kritikan terbuka melalui laman sosial ke atas JPP.
“Lembaga Disiplin telah meneliti dan mengadakan siasatan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota dan kes sudah dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik pada 27 Mei lalu yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Berikutan itu keputusan memecat Md Yusop dan menggantung keanggotaan Badrul Hisham sehingga siasatan ke atasnya selesai dibuat,” katanya dalam kenyataan pagi tadi.
Chegubard didakwa membuat kenyataan media yang mendakwa proses pemilihan PKR adalah kotor dan tidak telus dan kenyataan itu disiarkan portal berita pada 12 Mei lalu, selain mengkritik JPP melalui akhbar BH pada 21 Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan