BANGI - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam harus memainkan peranan masing-masing dengan lebih agresif menghalang ancaman fahaman liberalisme dan sekularisme dari barat bagi menggelak minda rakyat negara ini termakan dengan dakyah itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai dakyah yang bertentangan dengan ajaran Islam dibawa masuk ke negara ini sama ada melalui rakyat tempatan mahupun unsur luar.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai dakyah yang bertentangan dengan ajaran Islam dibawa masuk ke negara ini sama ada melalui rakyat tempatan mahupun unsur luar.
Katanya, fahaman itu harus ditangkis oleh NGO-NGO berkenaan dengan memberi didikan dan penerangan mengenai bahaya budaya luar sekiranya rakyat terpengaruh.
“Untuk selama-lamanya kita sebagai orang Islam menolak mana-mana budaya dan fahaman yang bertentangan dengan ajaran agama kita.
“Kerajaan tidak boleh bertindak bersendirian mencegah dan menghalangnya daripada terus menular. Oleh itu, kita memerlukan kerjasama daripada NGO Islam ini untuk membantu kerana mereka lebih dekat dengan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian merasmikan penutup Kongres NGO-NGO Islam di Dewan Canselor Tunku Abdul Rahman di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi.
Muhyiddin turut menempelak pihak tertentu yang mengecam kerajaan kononnya menyekat hak asasi mereka untuk membawa masuk budaya songsang ke negara ini.
Katanya, walaupun Malaysia adalah negara majmuk dan mempunyai rakyat berbilang kaum, tidak semestinya kerajaan boleh membenarkan budaya songsang seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender boleh diamalkan.
“Ini bukan budaya kita. Mana-mana agama pun menolaknya. Begitu juga agama Islam. Kalau ini berlaku, ia bukan hak asasi, tetapi budaya yang boleh merosakkan akidah orang Islam,” katanya.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan