Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Almarhum Sultan Yussuf Izuddin Shah yang menjadi nadi pembangunan, berjiwa rakyat dan sangat dikenali dalam badan kehakiman negara..Al -Fatehah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang ber Iman.Amin...
Rakyat pelbagai lapisan usia dan berbeza bangsa, berkongsi kesedihan sebaik pengumuman khas dibuat oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan tetapi sikap biadap beberapa pihak yang berfikiran sempit hingga sanggup memolitikkan isu ini amat kita kesali terutama kenyataan dibuat seorang pengguna twitter menggunakan nama @youtiup sebagai menghina institusi diraja berpelembagaan.
Antara kenyataan dibuat pengguna twitter ini namun dipadamkan kira-kira sejam kemudian.
Menurut satu laporan yang admin pm petik baru baru ini admin isu terkini yang menemui komen biadap ini telah menjelaskan bahawa"Kami sempat membuat cetakan skrin biarpun individu itu memadamkannya kira-kira sejam selepas ia disiarkan dan dilihat hampir 10,000 pengikutnya," katanya.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara kira-kira jam 11 malam |
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut membidas tindakan individu itu yang dianggap biadap.
Beberapa pengguna twitter turut berkongsi reaksi mereka terhadap individu ini.
CYBERJAYA : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa individu menghina kemangkatan Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah baru-baru ini.
Pengerusinya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, pihaknya mendapati beberapa individu dalam laman media sosial telah menghina Institusi Beraja, terutamanya berhubung kemangkatan Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah baru-baru ini.
“Kami sedang bertindak mengesan individu itu dan memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan untuk tampil memberikan maklumat berkenaan.
“Kami memandang serius penghinaan sebegini dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti diperuntukan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
“Kami memandang serius penghinaan sebegini dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti diperuntukan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan