Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 28 April 2014

RAKYAT SELANGOR MENGELUH !!! ADAKAH KERAJAAN NEGERI AMBIL PEDULI ?

Selepas umum dikhabarkan tentang catuan air bakal di hentikan antara selasa atau rabu akhirnya perkara itu tidak menjadi kenyataan perkara ini amat memeritkan untuk di tanggung Rakyat Selangor gara gara kelemahan Kerajaan Negeri mengurus permasaalahan ini walaupun alternatif baru kerajaan negeri yang menggunakan kaedah pengepaman air lombong, konsep catuan masih terus perlu dilalui.


Admin pm juga menerima khabar lebih buruk apabila terbaca status menteri yang menyelar tindakan Adun adun Negeri Selangor yang mahu projek langat dua di batalkan,dan ini menampakkan masaalah air ini bagaikan tiada kesudahan,kepentingan politik di utamakan dari kepentingan Rakyat

Dan sepanjang dicatu, rakyat tidak berhenti merungut kerana terpaksa  berdepan masalah penerimaan bekalan air yang rendah termasuk catuan dikatalkan tidak menentu.

Ketika pengguna berdepan pelbagai kesulitan dalam menguruskan rutin harian, golongan peniaga pula runsing kerana pendapatan mereka merosot malah ada yang terpaksa menghentikan perniagaan sementara ketiadaan air ada juga peniaga yang terpaksa menerima nasib kurang pelanggan atau terpaksa pula menanggung kos tambahan untuk mencari sumber air.

Maklumat terkini pm terima bahawa catuan mungkin akan berlarutan hingga bulan Ramadan dan Syawal semakin menambah kebimbangan.  Jika ini berlaku, bayangkan kesusahan yang bakal ditanggung.

Catuan air di Selangor terpaksa dilakukan berikutan paras air empangan terutamanya Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air terawat ke Lembah Klang mula menurun pada 20 Januari lalu iaitu pada tahap 68.42%.

Rakyat  memerlukan sistem perkhidmatan yang lebih adil,catuan yang dijangka sehingga 30 April ini masih belum diketahui apa sudahnya. Dan sehingga kini rakyat terus berdepan dengan pelbagai kekangan hidup yang amat memeritkan persoalannya adakah Kerajaan pimpinan Khaled ambil peduli.

Cuba kita bayangkan jika keadaan ini berterusan sehingga ke bulan ramadhan lebih banyak kesulitan yang bakal kita lalui nanti malah pelabur di Negeri Selangor pastinya akan mengalami kerugian jutaan ringgit dan yang pasti akan angkat kaki meninggalkan Negeri Selangor dan ada peniaga tempatan juga akan gulung tikar terutamanya peniaga makanan

Ini lah bahana yang terpaksa di tanggung Rakyat Selangor akibat kelemahan Kerajaan Pimpinan PKR Selangor dan mungkin inilah musibah dari bisnes rumah rumah urut yang tumbuh bak cendawan selepas hujan di selangor mungkin ini adalah petunjuk dari Allah s.w.t agar umat islam berhati hati dalam kehidupan di dunia.

Tiada ulasan: