Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 28 April 2014

Hudud: Kunjungan TPM semalam jelas membuatkan DAP ,PKR tak puas hati ?

Timbalan Presiden Umno berkata, berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam dan Mohd Amar memberikan reaksi positif mengenai cadangan berkenaan.
KOTA BHARU - Umno mencadangkan jawatankuasa teknikal hudud  dibentuk di peringkat kebangsaan bagi membolehkan pelaksanaannya lebih difahami sebelum Pas membawa usul berkenaan ke Parlimen.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan pembentukan jawatankuasa teknikal tersebut bagi meneliti dan memperhalusi pelaksanaan hudud, selain mengambil kira aspek perundangan.

“Sebelum Pas membawa usul, elok diadakan perbincangan yang diwakili pakar-pakar dan jawatankuasa teknikal dibentuk serta dilantik dalam kalangan kerajaan persekutuan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) atau tokoh-tokoh agama yang lain.

“Jika didapati sesuai, boleh jemput pakar antarabangsa setengah negara Islam lain atau tokoh terbilang yang faham mengenai hudud bagi membolehkan ia diteliti dan diperhalusi oleh mereka yang benar-benar pakar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Pengurusan Pendidikan: Kepimpinan Berprestasi Tinggi di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kelantan, di sini, semalam.

Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar; Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha.

Sebelum ini, Pas Kelantan melalui anggota parlimennya akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Muhyiddin  yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam dan Mohd Amar memberikan reaksi positif mengenai cadangan berkenaan.

Menurutnya, perbincangan itu penting bagi mengetahui wujudnya kekangan tertentu yang perlu diselesaikan dahulu memandangkan masih ramai umat Islam belum memahami hudud.

“Orang Islam sendiri belum faham, jadi perlu penerangan agak meluas dan mendalam. Orang bukan Islam ingin tahu keadaan itu sebab sebagai sebuah negara yang merdeka, rakyat berhak mengetahui kesan pelaksanaannya.

“Kalau Pas betul-betul serius ingin membawa usul ini, sebelum pembentangan, perlu ada perbincangan yang tersusun dan teratur, perlu ada pakar yang sesuai dan berbincang secara mendalam mungkin mengenai penemuan serta perakuan,” katanya.

Muhyiddin berkata, Umno sememangnya mahu bekerjasama dengan Pas bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak yang lain tetapi yang penting adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum ia dibawa ke Parlimen.

“Jika Pas sahaja yang membawa usul, ia hanya ada 21 wakil, memang tidak akan lulus dan dia perlu sokongan yang lain. Siapa yang mahu sokong? Umno sahajakah? Atau ahli Parlimen Islam yang lain dan sebab itu ia memerlukan penelitian dan pemahaman yang mendalam,” katanya.
Catat Ulasan