Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 26 April 2014

Portal aduan 'fortherakyat.com' Satu Usaha yang sangat Baik

Langkah Murni yang di buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang telah melancarkan portal aduan komuniti 'fortherakyat.com', iaitu platform untuk orang ramai mengadu dan mengetengahkan permasalahan.

Seperti kita sedia maklum uaha ini bagi menambah baik serta dapat digunakan oleh kita untuk terus menyampaikan masaalah kita dan usaha ini adalah amat berkesan buat masa ini di mana  sejak mula beroperasi sebulan lalu, portal itu menerima 84 aduan orang ramai, 79 daripadanya berjaya diselesaikan.

Portal seliaan Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno itu membolehkan masyarakat menyalurkan terus sebarang masalah seumpama itu, dan biro berkenaan akan menghubungi pengadu dan menjelaskan tentang langkah penyelesaian.

PM pernah berjumpa dan berbual kosong  dengan Pengerusi biro itu, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman ini dulu semasa habis perhimpunan Agong Umno yang lepas dan beliau sememangnya seorang yg berjiwa rakyat sangat prihatin untuk membantu serta memperjuang nasib Rakyat

Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman semalam turut menjelaskan, portal berkenaan berfungsi secara interaktif dan pengadu boleh memantau setiap aduan yang dibuat.

"Kelebihan portal ini ialah ia bersifat interaktif dengan setiap aduan akan mempunyai status seperti 'diterima', 'disemak', dan 'diproses'. Apabila aduan diselesaikan, ini akan dimaklumkan kepada pengadu melalui emel," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal itu.

Katanya hampir semua jenis aduan bersandarkan masalah komuniti berkaitan isu seperti kepenggunaan, perkhidmatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, kewangan dan ekonomi boleh diajukan ke portal itu.

Sheikh Ahmad Nafiq berkata setiap aduan dijangka melalui proses semakan dan penyelesaian antara dua minggu hingga empat bulan, selain bergantung juga kepada proses di peringkat agensi kerajaan terlibat.

Katanya sejak mula beroperasi sebulan lalu, portal itu menerima 84 aduan orang ramai, 79 daripadanya berjaya diselesaikan.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. 
Catat Ulasan