Seperti yang diketahui, Rafizi Ramli tidak dibenarkan memasuki Sabah. Selain Rafizi Ramli, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, turut dikenakan sekatan yang sama. Walaupun sebelum ini para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR cuba menimbulkan kekeliruan kononnya Sarawak dan Sabah tidak lagi menikmati autonominya di dalam Malaysia, hakikat yang berlaku ialah, mereka sebenarnya yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa autonomi itulah yang akhirnya menghalang mereka daripada memasuki Sabah atau Sarawak.
Semalam (21 April), Rafizi Ramli dihalau keluar dari Sarawak. Dia hanya sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, tetapi tidak dapat keluar dari lapangan terbang itu apabila Imigresen Sarawak menjadi penghalangnya buat kali kedua.
Sebelum ini, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat tidak dibenarkan memasuki Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak dengan tegas mencabar para pemimpin Pakatan itu agar mengambil tindakan saman terhadapnya dan Kerajaan Negeri Sarawak jikalau mereka tidak berpuas hati.
Sama-samalah kita perhatikan, apakah kesudahan kebodohan Rafizi Ramli ini.
Dalam satu perkembangan yang lain, sewaktu dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat AIR ASIA AK5215, Rafizi telah melepak di dalam kokpit pesawat tersebut. Mengikut peraturan penerbangan, mana-mana penumpang tidak dibenarkan sama sekali memasuki kokpit atas faktor keselamatan penerbangan. Justeru, AIR ASIA perlu memberikan penjelasan, mengapa Rafizi Ramli dibenarkan berada dalam kokpit ketika penerbangan itu.
The Selangor Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan