Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 27 April 2014

Krisis Air di Selangor : logam berat dan radioaktif bahaya untuk di Pam ?

Pensyarah Jabatan Kimia,Fakulti Sains Universiti Malaysia(UM) Prof Datuk Dr Mohd Jamil Maah berkata :-

  • air lombong juga mengandungi bakteria dan mikroorganisma yang mungkin mengancam kesihatan manusia.
  • Apabila aktiviti pelombongan dilaksanakan, tanah dikorek sehingga beratus meter dalamnya dan ini mendedahkan pengguna kepada berbagai mineral lain terutamanya logam berat antaranya plumbum, kromium, arsenik dan merkuri,” katanya.

Pada 25 April 2014-Sinar Harian menyiarkan satu artikel di muka surat 22 dengan tajuk”Air lombong tidak berbahaya:Awer.

  • Awer adalah persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia menjelaskan,kandungan air dari bekas lombong selamat digunakan kerana kajian telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS),Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas)

Presidennya,S,Piarapakaran berkata,air bekas lombong disalurkan terus ke Sungai Selangor yang kandungan dilarutkan bersama air sedia ada dan ia tidak lagi berbahaya kepada pengguna.

“Pada pendapat saya,kandungan air dari bekas lombong yang disalurkan terus ke sungai Selangor tidak bahaya lagi kerana air dalam sungai telah sedia ada.

Jadi air lombong masuk ia dilarutkan dan tidak berbahaya kerana dari lombong ke sungai terus ke loji rawatan.kata beliau pada Sinar Harian,semalam.

Bagaiamanapun,Awer meminta JAS,JPS dan LUAS mendedahkan laporan sampel kajian kandungan air lombong yang telah diperiksa.

Piarapakaran berkata,parameter sampel kandungan air bekas lombong berkenaan harus dipaparkan kepada umum supaya pengguna tidak ragu-ragu dengan kebersihannnya.

Apakah parameter yang mereka telah kaji kerana umum maklum memang ada kandungan logam berat dan sedikit radioaktif tidak bahaya dalam lombong,’’katanya.

Menurut beliau lagi,pekara yang harus dititikberatkan ialah parameter persampelan ujian air lombong berkenaan.

Sekarang ini memang hujan,kalau uji hanya I permukaan memang tak bahaya,air dasar juga harus sedikit kandungannya.

“Kandungan air dasar dan dipermukaan adalah berbeza.Oleh itu parameter kajian wajar diperincikan.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Selangor serta cadangan merawat dan menaps air bawah tanah,hujan dan sungai yang dikatakan lebih menjimatkan berbanding projek membangunkan insfratruktur pemindahan air dari Pahang menerusi pembinaan Loji Langat 2.

Sebelum ini Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan masalah air Selangor mendapat sedikit kelegaan apabila air dari kolam disekitar sungai Selangor dipam kedalam sungai untuk meningkatkan aliran pada musim kering.

Persoalannya adakah air lombong ini benar benar selamat untuk kegunaan harian rakyat Selangor jika di lihat dari kejadian sebelum ini PKR Selangor pernah tersalah langkah dengan menggunakan khidmat tuan penasihat 25 persen yang dengan bangga nya mengatakan air selangor mencukupi sehingga 2019 namun hakikatnya telah terbukti kini
Untuk rekod juga kerajaan Selangor gagal membuatkan kita rasa selamat untuk meminum air ini jika di nilai dari kenyataan yang lepas lepas jika perkara ini boleh menyebabkan bahaya untuk di minum maka pm rasa korang kena lah fikir untuk mendesak Khaled menghentikan menggunakan air lombong untuk di Proses

Tiada ulasan: