Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 21 April 2014

Insiden MH192 mendarat cemas dibawa ke Kabinet rabu ini

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberikan MAS masa dua hari sehingga Rabu hantar laporan lengkap mengenai kejadian pesawat MH192 mendarat cemas awal pagi semalam

Insiden pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH192 yang  membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi akan dibawa ke Kabinet Rabu ini menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pesawat MH192 yang dijadualkan berlepas ke Bangalore dari KLIA pada jam 10.09 malam disahkan selamat tiba di lapangan terbang tersebut tepat jam 1.56 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh pihak MAS awal pagi tadi, pesawat itu membuat pusingan semula ke Kuala Lumpur untuk pendaratan kecemasan kerana selepas mengalami kerosakan gear.

Kesemua penumpang dan anak kapal selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,Syukur Alhamdulilah.

Tiada ulasan: