Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 28 April 2014

9 DITANGKAP TERLIBAT KEGIATAN MILITAN!!!ADAKAH KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMA PAS SALAH SEORANG DARI NYA?

KUALA LUMPUR - Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman menahan sembilan individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan di dalam dan luar negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka ditahan di Kedah dan Selangor, hari ini.Khalid berkata kesemua yang ditahan dalam operasi serentak di beberapa lokasi di dua negeri berkenaan berumur antara 22 dan 55 tahun.

"Kesemua individu terbabit disyaki terlibat dalam kumpulan militan yang bertanggungjawab merancang perbuatan ganas di dalam dan luar negara. "Mereka juga disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas yang beroperasi di luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata sebahagian daripada individu yang ditangkap itu telah menjalani perjumpaan sulit bagi memantapkan ideologi militan.

Khalid berkata selain memantapkan ideologi militan, individu tersebut juga didapati mengumpul dana dan menjalani latihan ala ketenteraan sebagai persiapan untuk melakukan keganasan.

Beliau berkata mereka itu ditahan mengikut BAB VI A - Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan (Akta 574). 

"Mereka akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747)," katanya.- Bernama

9 DITANGKAP TERLIBAT KEGIATAN MILITAN!!!ADAKAH KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMA PAS SALAH SEORANG DARI NYA? UNTUK TEKA TEKI PERSOALAN INI SILA KLICK DI sini (theflyingkick)

Tiada ulasan: