Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 28 April 2014

SANGGUP PAKATAN PEMBANGKANG BERMAIN TEKA TEKI BERHUBUNG CATUAN AIR ?

Sehingga kini belum ada kata putus sama ada catuan air di Lembah Klang akan berakhir atau tidak. Demikian dimaklumkan oleh Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Namun, pada ketika ini enam daripada tujuh empangan di Selangor terus mencatat peningkatan dengan Empangan Klang Gates mencatat peningkatan sehingga empat peratus dalam tempoh seminggu.

Sementara itu Sungai Selangor mencatatkan peningkatan takungan sebanyak 1.18 peratus iaitu dari 38.90 peratus atau 89.46 meter padau pada 22 April kepada 40.08 peratus atau 92.19 meter padu pada 28 April. Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus bekalan ke kawasan Lembah Klang. Peningkatan itu belum mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum catuan ditamatkan. 

Walau hampir setiap hari Lembah Klang telah dilanda hujan sejak sebulan yang lalu, tetapi hujan tersebut banyak berlaku dihilir sungai. Namun, keadaan itu sedikit sebanyak menyumbang kepada pengurangan kadar pelepasan air daripada empangan.


Admin pm berharap agar satu berita baru yang akan muncul agar catuan air di hentikan kerana Rakyat Selangor sudah cukup tersiksa dengan kelemahan Kerajaan PKR Selangor yang berlagak dan enggan menerima nasihat Kerjaan pusat yang telah lama memberi amaran Krisis air akan berlaku pada tahun ini sekiranya enggan meneruskan Projek Langat II suatu ketika dahulu

Tiada ulasan: