Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 2 Januari 2014

Kalimah Allah: Polis Selangor akan panggil pengarang Herald

xpix_gal0.pagespeed.ic.nvTxqmveaISatu perkhabaran gembira buat kita semua dan segala kerisauan kita telah dapat perhatian pihak yang berwajib akan tetapi bukan dari individu bernama penyokong Pas atau para pemimpinnya sekali.
Akhirnya Polis Selangor akan memanggil Pengarang Herald-The Catholic Weekly, Lawrence Andrew dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mengenai penggunaan kalimah Allah di gereja Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata polis juga sedang berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengenai isu penggunaan kalimah Allah di sidang gereja seperti yang dikatakan Andrew, minggu lalu.
Mohd Shukri berkata pengarang itu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini.
Paderi Lawrence dalam kenyataannya di laman sebuah portal pada 27 Disember lalu menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.

Tiada ulasan: