SEKALI lagi musim pemilihan Pas akan berlangsung iaitu pada 22 November 2013 ini di Shah Alam.
Kecuali jawatan presiden yang Datuk Seri Hadi Awang pegang tanpa ada pertandingan sejak Allahyarham Datuk Fadhil Nor kembali ke rahmatullah, semua jawatan utama dipertandingkan.
Daripada jawatan Timbalan Presiden sampai Jawatankuasa Pusat, semuanya ada pencabarnya! Dan seperti juga pemilihan sebelum ini, pertembungan sengit berlaku di antara kumpulan pro agamawan dan kumpulan pro Anwarinas.
Saya percaya bagi Umno, mereka sangat mengharapkan supaya kumpulan pro Anwarinas ini menang.
Ini kerana kemenangan mereka akan pasti memudahkan kerja Umno untuk menghadapi dan memenangi PRU14 nanti insya-ALLAH.
Ini terbukti di dalam PRU13 pada 5 Mei 2013 lepas bila mana Pas kehilangan banyak kerusi Parlimen, malah hilang Kerajaan Negeri Kedah.
Kerana apa?
Kerana orang Melayu-Islam sudah muak dengan gelagat dan perangai kumpulan pro Anwarinas. Mereka dilihat sebagai kaldai tunggangan DAP, terlalu taksub kepada Anwar, terlalu benci kepada orang Melayu-Islam yang tidak sehaluan dengan mereka, dan macam-macam lagi.
Pokok pangkalnya, mereka dilihat sebagai golongan yang tidak boleh diberi kepercayaan untuk membela, memartabat dan mempertahankan maruah bangsa dan agama!
Jadi dalam diam saya percaya Umno mengharapkan sangat kumpulan pro Anwarinas mendapat kemenangan besar dan kumpulan pro agamawan kalah teruk. Dan perwakilan Pas akan dapat membantu Umno mencapai impian itu dengan memberi undi besar kepada kumpulan pro Anwarinas!
Satu fenomena yang saya tak pernah tengok sebelum ini berlaku dalam kepanasan kempen pemilihan Pas kali ini.
Masih ingat ‘over my dead body?
Masih ingat ‘hudud tidak boleh dilaksanakan?’.
Bukan sahaja Pas tidak membantah, malah pernah ada pemimpin kanan Pas menegaskan sesiapa menentang Karpal mesti langkah ‘my dead body’ dulu!
Takkanlah Pas sekarang baru nak sedar DAP memang tidak pernah menghormati Pas. Bagi cauvinis rasis extremis ini, Pas hanyalah keldai tunggangan untuk mengelabui mata umat Melayu-Islam, alat untuk menjatuhkan kerajaan Melayu-Islam Umno, itu sahaja.
Kalau hakikat itu pun Pas belum sedar lagi, memang dah parah penyakit angau mike ni yop!
Jadi kepada perwakilan dan muktamirin Pas, undilah kaum pro Anwarinas, bagilah mereka menang besar. Kalahkan kaum pro agamawan, campak dema jauh-jauh macam mike campak Nasharuddin Mat Isa, dan buang dema macam sampah macam mana mike buang Datuk Dr. Hasan Ali.
Selamat bermuktamar!
Wallahua’alam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias senor.
Datuk Zulkifli Noordin
Artikel ini dipetik dari blog http://zul4kulim.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan