Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 20 September 2013

Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal tindakan Kerajaan Negeri P Pinang

Ini bukan perkara main-main, ini bukan perkara yang boleh kita buat salah silap. Bagaimana mungkin kita nak mentadbir hal-hal agama Islam negeri Pulau Pinang kalau benda semudah nak menamakan Yang Dipertua pun kita buat silap?

GEORGETOWN UMNO Pulau Pinang meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Osman berhubung pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Menyifatkan kenyataan itu sebagai sandiwara politik yang tidak boleh diterima, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, alasan yang diberi pemimpin kerajaan negeri terbabit amat sukar diterima.
"Mana mungkin soal yang begitu penting bersangkutan tentang hal ehwal agama negeri Pulau Pinang berlaku kesilapan yang begitu rupa?.

Beliau mengulas kenyataan Mansor yang menyatakan kerajaan negeri melakukan kesilapan ketika mengemukakan nama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim sebagai Yang Dipertua MAINPP dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum itu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan memberikan jawatan tersebut kepada Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Salleh Man jika beliau memenangi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Namun selepas kemenangannya, janji tersebut berkubur dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebaliknya menamakan Abdul Malik untuk mengetuai MAINPP dan Salleh sebagai Timbalan Yang Dipertua.

Atas desakan pelbagai pihak termasuk Pas, kerajaan negeri pimpinan DAP itu kemudian mengemukakan surat kepada Istana Negara pada 20 Januari lepas untuk memohon perkenan pelantikan Salleh sebagai Yang Dipertua MAINPP.

Mengulas perkara itu, Zainal Abidin berkata kerajaan negeri menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap pelantikan Abdul Malik.
Beliau juga mahu kerajaan negeri menjelaskan sebab pembatalan pelantikan Abdul Malik. - BERNAMA

Tiada ulasan: