Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 18 September 2013

HIDUP TIDAK AMAN AKIBAT DI UGUT OLEH TAIKO TAIKO DINASTI LIM

Satu Blog baru telah muncul dengan menceritakan bagaimana seorang ahli DAP Tegar sebuah Cawangan di Johor dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Peter dan beliau  menyertai DAP sejak tahun 1998 kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia dakwa beliau.

Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim sahaja Dakwa Beliau.mari saksikan luahan hati beliau selanjutnya dibawah
Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.
Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya. 
Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.
Marilah kita sama sama menyokong usaha Beliau membongkar salah guna kuasa yang dibuat Rejim Dap serta Lim Guang Eng serta Taiko taikonya dengan menglink kan Blog insan yang di iniaya oleh Rejim DAP ini dengan menglinkan di Blog Tuan 2 dan Puan2 semua di http://thedapinsider.blogspot.com/

Tiada ulasan: