Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 21 Ogos 2013

VIDEO :KOMEN USTAZ WAN JI(BLOGGER PRO PAS) MAHU MENGHAPUSKAN KAN SISTEM KESULTANAN SEBARKAN !!!

Seperti yang kita sedia maklum semua sahabat Pendekar bahawasanya sebarang cubaan untuk menghina atau membangkitkan perasaan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong adalah dianggap sebagai perbuatan subversif berdasarkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Demikian juga memperlekehkan titah atau ucapan baginda dalam apa-apa bentuk sekali pun termasuk dalam media sosial adalah satu kebiadaban dan penghinaan terhadap institusi raja di negara ini. semoga pihak Polis dan pihak pihak yang berwajib segeralah siasat siapakah atau apakah motif Ustaz yang berda di dalam video ini dan ambil ah tindakan dengan segera.

Akhirnya, blogger pro-PAS yang digelar Ustaz oleh fanatik PAS, Wan Ji terpaksa menjawab isu video beliau yang menghina dan pelan mahu menghapuskan sistem Sultan. 


Di antara alasan Wan Ji yang disiarkan oleh MalaysiaKini :

Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husein mempertahankan dirinya berhubung video yang menunjukkan beliau berbincang kemungkinan Malaysia menjadi negara sistem monarki, yang didakwa sesetengah pihak sebagai "menghina" sultan. 
Wan Ji berkata kenyataan itu dibuat secara kiasan sewaktu perbincangan berkaitan 'fiqh tawaqqu' - satu cabang pengajian fikah Islam yang membincangkan isu yang mungkin berlaku pada masa depan.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Wan Ji berkata beliau memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang sultan. 
Seterusnya Apakah benar ianya 'fiqh tawaqqu yang membincangkan isu yang mungkin berlaku pada masa depan' atau pun alasan itu satu elah untuk menutup malu dek keceluparan mulut 'ustaz' parti PAS itu?

Anda lihat kembali video kontroversi itu dan baca transkrip penuh ucapan Wan Ji di atas


Transkrip ucapan Wan Ji dalam rakaman video itu KOMEN di bawah di petik dari DR mim:

Ana punya cita-cita. Sekarang ni 2013 kan? 2030, ‘MAP’ ana, Sultan tak ada. Sultan dah habis. Malaysia ni dah jadi negara Republik. Sistem berpresiden dah. Bila? 2030.. Jadi map..aaa…map. Jadi…aaa…2013, sini ada 2014…betul dak.. 2014, 2015, dua ribu…bla..bla..bla.

Kita dah buat map, kita dah buat perancangan tau, sebenarnya ‘game’ ana ni awal lagi, 2011…’game’ ana. Dah ada 2012 dan 2013. Apa ana punya ‘game’, ‘game’ ana, tahun yang pertama, ana buat ‘game’, orang kate Sultan Syaitan.

Mulut orang…Setan…setan…setan…setan…bile??…Tahun ke… Dan terbukti berjaya….ok…ok? Berjayakan??? Orang sekarang tak panggil Sultan….

Kalau Sultan pun…Setan…dalam kepala otak diakan???…Setan…Setan…Setan…Setan…Setan…Setan…

‘Game’ yang kedua, 2012-2013, macam mana nak letup?? Bagi gegar sikit…. Mesti ada orang kena tangkap kerana….[ayat tak dapat didengari]….Sultan. Maka lahirlah orang yang bernama Aduka Teruna. Ada orang namanya Ahmad..Abdul Jalil. Dan ada orang namanya Wan Ji…Ok..Betul dak? ‘Game’ dah berjaya… ‘Game’ 2013 ke 2014… Apa nak buat??? Yang itu aku tak boleh ceritalah…

Maknanya, dia ada ‘game’ tau…Step by step…Untuk mencapai kejayaan Sultan Zero. Faham??? Impulsi Sultan….Ok boleh?? Insyallah….Boleh eh?? Jadi dia ada ‘game’…. 
Seorang pemimpin dia ada ‘game’, ada map, untuk nak capai destinasi. Dan dia ada ‘game’ bertahap-tahap. Serupa juga dengan pemimpin yang bijak itu seperti Nabi Yusuf Alaihissalam….Faham??…

Eh yang dirakam ni, yang ni padam eh…

Pendapat Wan Ji Si Khawarij mengenai Sultan.

Sultan ni…Monarki ni…dia ada baik sikit jer… Tapi mudharat dia banyak eh… Hukum dia macam babi jugak. Mudharatnya banyak…Menghabiskan duit rakyat, mengarahkan sesuka hati, dasar yang agak terbantut kerana faktor-faktor Sultan, tak lantik exco, menyusahkan orang, lepas tu goyang kaki, pembaziran, dia banyak eh…

Baik dia sikit eh…Baik pun rasa tak berapa nak baik pun…nak jaga Melayu..eleh..seterusya
Ternyata bahawa 'fiqh tawaqqu' atau 'fiqh ramalan' hanya sekadar alasan 'ustaz parti PAS' itu.  Wan Ji telah mengaku mempunyai 'cita-cita', pelan perancangan gameplan dan ianya bukan hanya 'isu yang mungkin berlaku di masa depan'.

Malah, gameplan tahun lepas dan tahun 2011 telah dilaksanakan dengan melabelkan Sultan sebagai Syaitan dan sudah ada hasilnya! Kenyataan 'ustaz PAS' itu :

1. ...sebenarnya ‘game’ ana ni awal lagi, 2011…’game’ ana. Dah ada 2012 dan 2013. Apa ana punya ‘game’, ‘game’ ana, tahun yang pertama, ana buat ‘game’, orang kate Sultan Syaitan. 
2. Dan terbukti berjaya….ok…ok? Berjayakan??? Orang sekarang tak panggil Sultan….
Persoalannya, jika 'game ustaz PAS' itu 'terbukti berjaya', bolehkah kita percaya kenyataan beliau itu cuma 'kiasan' sahaja?  

Penglabelan buruk itu pada 2 tahun itu adalah salah satu contoh bentuk tindakan yang telah dilaksanakan supaya tercapai kemaslahatan objektif penghapusan sistem monarki pada tahun 2030 seperti yang dicita-citakan oleh Wan Ji.

Yang lebih memalukan ialah 'ustaz parti PAS' itu mengaitkan penghinaan dan sikap biadap beliau dengan Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak akan mencarut dan melabelkan sesama Islam dengan nama-nama buruk.

Terimalah akibatnya!

Tiada ulasan: