Himpunan Khamis ini bertujuan untuk Menyokong peruntukan di dalam perlembagaan yang menyatakan Islam adalah agama Persekutuan dan kalimah Allah adalah kalimah suci untuk orang-orang Islam dan sehubungan itu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan menganjurkan satu perhimpunan aman dan sahabat2 PM adalah digalakkan untuk mengambil bahagian sebagai tanda sokongan kita bersama demi memertabatkan Kesucian Islam kita yang tercinta
Kita tidak berhajat untuk menimbulkan huru-hara, cuma kita nak timbulkan kesedaran di kalangan orang Islam bahawa kita kena bersatu-padu untuk mempertahan kalimah suci Allah SWT,"
"Apapun keputusan yang akan diumumkan nanti...sama ada pro atau kontra, kita telah bersiap sedia dari awal lagi untuk kita berhimpun bagi mendengar keputusan itu nanti.
"Jika keputusan bertentangan (membenarkan penggunaan kalimah), kita akan memohon rayuan dibuat ke peringkat mahkamah yang lebih tinggi," tegasnya kepada Antarapos.
Himpunan mempertahankan kalimah Allah Khamis ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam iaitu JATI, MUAFAKAT dan PEMBELA.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini merampas 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang kerana didakwa telah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam.
Malah, isu tersebut hampir menimbulkan ketegangan kaum dan agama serta beberapa gereja juga turut diserang termasuk Gereja Metro Tabernacle yang musnah dalam kebakaran.
Selain itu, beberapa surau dan masjid di Petaling Jaya dan Kerinchi dirosakkan manakala kepala babi pula dilempar ke kawasan masjid semuanya dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati rakyat berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam timbul kembali selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah itu di dalam Bible.
Lebih mengejutkan, PAS bersama majlis pimpinan pakatan pembangkang yang bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut semua agama dalam mesyuarat mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan