Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 24 Ogos 2013

MAZIDUL AKMAL BIDAS LIM KIT SIANG BERHUBUNG ISU SLOGAN KEBANGKITAN RAKYAT

Barangkali ramai tidak faham, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan slogan 'endless possibilities' sebagai pelengkap kepada slogan 1Malaysia, sebilangan  penyokong parti permbangkang tidak berpuas hati.


Pada mulanya mendakwa slogan itu ditiru dari Israel tetapi ternyata dakwaan itu tidak berasas sama sekali. Datuk Seri Mohd Najib telah menggunakan slogan sama terlebih dahulu berbanding tarikh press releasedisiarkan oleh Israel.

Klik di sini.

Boleh membangkang tetapi usah mengikut emosi, selidiki terlebih dahulu FAKTA sebelum menulis.

Secara ringkasnya, slogan endless possibilities bakal LEBIH mempromosikan Malaysia di mata dunia. Maksudnya sesiapa sahaja dari pelusuk dunia mana sekalipun dipersilakan untuk berurusan dengan negara kita samada antaranya dari aspek pelancongan, pendidikan atau ekonomi sekaligus akan menjadikan Malaysia lebih terserlah di peringkat antarabangsa.  Bagi rakyat tempatan tanpa mengira bangsa,  Malaysia terus  membuka peluang kepada semua untuk berjaya tanpa had peluang untuk berusaha.

Lim Kit Siang, antara individu muncul mengecam slogan bakal dirasmikan penggunaannya  pada Selasa,  17 September akan datang. 

Klik di sini.


Dalam artikel terbabit, Lim ternyata bermain dengan kata-kata dan tanggapan. Biarkanlah dia, dia sudah tua dan tidak akan hidup menongkat langit. Kalau dia tidak berpuas hati, bukankah itu tindakan normal? Dia pembangkang, penasihat DAP.  Adakah tanpa Lim dan penyokongnya, slogan itu tidak boleh diguna pakai?

Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib seharusnya mengabaikan individu berperanan sebagai pembangkang dari sejak muda sampai berusia warga emas itu. Sokongan majoriti rakyat wajib terus dihargai. 

FAKTA menarik mungkin tidak disedari oleh ramai, Israel memuatnaik klip video bertajuk Spirit of Israel,  mempromosikan slogan 'one place  : endless possibilities', pada tanggal 13 MEI  2013.

13 Mei 1969, tanggal berdarah buat negara kita, Malaysia.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz kemudian  bersuara sekaligus  meluahkan pandangan beliau mengenai slogan endless possibiities.

Klik di sini.

Mari bersama kita teliti kembali slogan dilaung-laungkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong beliau sewaktu penganjuran siri perhimpunan BERSIH, 'Kebangkitan RAKYAT'. Bunyi slogan itu gah tetapi malangnya gagal memancing majoriti rakyat Malaysia untuk bersama beliau menumbangkan kerajaan. Hemat saya, pada masa sama, perkataan RAKYAT itu telah disalahgunakan. Jika slogan ditukarkan kepada 'Kebangkitan Penyokong PR' mungkin lebih bermakna. 

Slogan dipilih oleh pembangkang, hanya  digunakan di peringkat kebangsaan, ternyata gagal. Mungkin boleh juga difikirkan  penggunaan  slogan di peringkat antarabangsa ...

'Kebangkitan Rakyat Dunia'.
SUMBER MAZIDUL AKMAL

Tiada ulasan: