Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 23 Ogos 2013

MAHKAMAH RAYUAN BEBASKAN AZILAH DAN SAIRUL DARI TUDUHAN MEMBUNUH ALTANTUYA

Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, melepas dan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri meraup wajah dan mengucapkan terima kasih kepada panel hakim selepas keputusan itu diumumkan.


Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali,  Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu.

 
Mahkamah Tinggi pada 2009 telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka atas kesalahan membunuh Altantuya, yang ketika itu berumur 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.

Tiada ulasan: