Kejadian menyayat hati itu seharusnya dijadikan iktibar oleh para ibu bapa agar ia tidak berulang pada anak mereka.
Namun tidak pasti atas alasan apa, kejadian lebih kurang serupa berlaku lagi di Ipoh, Sabtu lalu.
Ia disaksikan sendiri Ketua MCA Ipoh, Datuk Seri Micheal Chong.
Menurut Michael Chong, budak lelaki tersebut menangis sekuat hati memanggil ibunya agar dikeluarkan dari kereta MPV yang diletak di hadapan Hospital Fatimah, Ipoh,
Perak dalam keadaan berpeluh-peluh kepanasan kerana enjin kereta dimatikan.
Dia menganggarkan, kanak-kanak tersebut mungkin telah terperangkap selama setengah jam.
Sekiranya tidak ada sesiapa yang perasan, dikhuatiri tragedi Julai lalu mungkin berulang semula.
Kanak-kanak itu akhirnya diselamatkan oleh pasukan bomba.
Kepada para ibu bapa, tolonglah lebih peka dengan keselamatan anak anda. Semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi. – mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan