Apa masalah sebenarnya Waythamoorthy ni? Adakah dia cuba untuk menjadi hero kaum India? Bagaimana pula implikasi jutaan rakyat Malaysia yang masih mahukan negara ini aman dan damai di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional?apa apapun dengan ketegasan Zahid Hamidi serba sedikit dapat menghilangkan serba sedikit keresahan Orang Awam berhubung tahap keselamatan Negara kita
Kes tembak menembak yang berlaku sejak kebelakang ini amat menakutkan kita dan menjadi satu kebimbangan orang awam. Persoalan yang Pendekar nak timbulkan adakah negara Malaysia ini sudah tidak aman lagi? jawapannya sudah tentulah tidak kerana pihak yang berwajib seperti Polis sedang berusaha keras menangkap serta menjejak semua penjenayah yang cuba menimbulkan huru hara dan moga selepas ini semua rakyat dapat berfikir semula tentang game yang dimainkan oleh Parti politik ini iaitu beriya iya berdemo memohon EO dan ISA dihapuskan bila dah jadi begini salahkan kerajaan pula,nampak tak game yang dimainkan Pakatan Pembangkang ini.
Selepas Akta ISA dan Ordinan Darurat di hapuskan, lebih dari 2600 orang penjenayah yang ditahan dibawah kedua-dua akta ini di bebaskan dari Simpang Renggam. Malah tidak mustahil mereka yang bebas ini ingin membalas dendam terhadap orang-orang yang pernah menganiaya mereka sehingga mereka ini disumbat ke dalam penjara.
Mengikut kajian yang dibuat oleh badan bebas, majoriti banduan ISA dan EO akan membalas dendam terutama kepada kepala gangster seperti ahli-ahli politik DAP dan PKR. Jadi kenapa masih ada lagi Timb. Menteri yang mahu menjaga kepentingan mereka?
Waythamoorthy yang dipilih oleh Najib Razak untuk menjawat Timb. Menteri di JPM ditugaskan untuk mengawal kaum India serta GANGSTER India yang dikatakan sudah tidak berpihak kepada Najib Razak. Namun sejak kejadian tembakan 5 orang India yang terbunuh di Pulau Pinang baru-baru ini, nampaknya topeng Waythamoorthy sudah terbuka sedikit demi sedikit.
Sikap RASIS dalam diri dia sudah terbuka luas. Jadi, demi katanya untuk mengekalkan serta mengambil hati pengundi India, Timb. Menteri ini terpaksa bertindak mempertahankan penjenayah India yang mati ditembak oleh polis. Berbaloikah tindakan Pengerusi HINDRAF ini?
Tidak cukup dengan herdikan dan makian yang dilemparkan kepada PDRM. Beliau terus menuding jari menuduh PDRM tidak mengikut SOP semasa menembak mati penjenayah berat tersebut.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri juga baru-baru ini memberi amaran yang keras kepada Waythamoorthy supaya tidak campur tangan dalam kerja PDRM. Biarkan PDRM membuat kerja mereka untuk membanteras penjenayah. Jangan sesiapa yang cuba masuk campur walaupun berada dalam barisan kabinet yang sama.
Lepas ini harap kita dapat fikirkan mengapa kita marah dengan Waythamoorthy ini,adakah dia ingin menjadi Hero masyarakat India sehinggakan mengabaikan kebimbangan Rakyat terhadap jenayah berat ini.fikir fikirkan semua sahabat PM erk..
Cadangan bacaan berkaitan seterusnya
Cadangan bacaan berkaitan seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan