Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 21 Ogos 2013

AMARAN KERAS POLIS AGAR JANGAN SESEKALI MENYOKONG AHLI KONGSI GELAP !!!

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran tegas kepada semua pihak yang cuba mengambil kesempatan agar tidak mempertikaikan tindakan pasukan itu dalam membanteras kegiatan jenayah berat di negeri ini.
Menurut Beliau ada pihak cuba mengapi-apikan tindakan polis menembak mati lima ahli kongsi gelap geng 04 di sebuah pangsapuri mewah di Jalan Pantai Jerejak dekat sini, Isnin lalu dan pihaknya telah mengenalpasti beberapa identiti yang bertindak mencabar pihak polis dengan mempamerkan kain rentang tertera logo kongsi gelap ketika upacara pengebumian lima suspek terbabit kelmarin.
"Kita memperolehi maklumat melalui risikan yang dilakukan termasuk rakaman video semasa perarakan pengebumian itu.
"Selain itu, kita juga menerima beberapa laporan berkaitan perarakan terbabit dan tindakan lanjut akan diambil mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966,"katanya.

Tiada ulasan: