Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 22 Ogos 2013

MALAYSIA HANTAR SURAT PADA OIC MINTA ADAKAN PERSIDANGAN KHAS BAGI TANGANI KRISIS DI MESIR !!!

PUTRAJAYA: Malaysia menghantar surat kepada semua negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta supaya diadakan persidangan khas untuk mencari penyelesaian secara aman bagi krisis di Mesir.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sudahpun menghantar surat berkenaan selaras dengan ketetapan yang diambil kerajaan.
Menurutnya Malaysia sedang berusaha memainkan peranan dalam usaha mencari keamanan di Mesir, dan katanya beliau menjangka akan menerima panggilan telefon daripada pemimpin-pemimpin Negara Arab mengenai perkara itu dalam sehari dua lagi.

Beliau berkata mesyuarat Kabinet hari ini pula melahirkan rasa kesal dengan penggunaan kekerasan yang keterlaluan di Mesir sehingga mengorbankan banyak nyawa, yang jika dibiarkan berterusan tanpa usaha mencari perdamaian, akan membawa kepada perang saudara yang parah.

"Kabinet menyarankan supaya diadakan dialog antara semua pihak di Mesir supaya semua proses perdamaian nasional dapat berlaku di Mesir. Pertama untuk tidak menggunakan kekerasan secara berterusan dan sebaliknya mencari jalan di mana hak asasi manusia dihormati," katanya dalam sidang akhbar selepas sejurus menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Majlis turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Sementara itu merujuk kepada usaha membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir, Najib berkata beliau dimaklumkan 35 pelajar akan dibawa keluar dari negara itu menggunakan sistem penerbangan komersil Etihad Airways pada jam 5 petang ini waktu Kaherah.

Beliau berkata esok pula lebih 200 tiket penerbangan sudah ditempah untuk membawa pulang pelajar, menggunakan perkhidmatan penerbangan Emirates, Etihad Airways dan SIA.

"Saya telah minta supaya diteruskan tempahannya (tiket) sebanyak mana mungkin yang dapat kita perolehi setiap hari mulai hari ini supaya dalam jangka waktu tidak lama lagi, kesemua pelajar kita yang ingin pulang akan dapat berbuat demikian," katanya.

Najib berkata setakat ini beliau masih belum dapat menentukan tempoh masa yang akan diambil untuk membawa semua pelajar itu pulang, namun menurutnya kerajaan akan berusaha mendapatkan tiket-tiket penerbangan sebanyak mungkin setiap hari untuk membawa pelajar berkenaan pulang dengan segera.BERNAMA

Tiada ulasan: