Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 23 Julai 2013

BERHUBUNG DAKWAAN KONONNYA PELAJAR BUKAN ISLAM MAKAN DI DALAM BILIK AIR SEKOLAH – MAZIDUL AKMAL ADA JAWAPANNYA

TAK TAU BERTANYA BUKAN MAIN SEDAP MULUT JER YER RAFIZI ...

Admin PM nak minta sahabat renung renungkan antara komen Rafizi dan TPM ni tengok rafizi sesedap rasa terus menghentam pihak sekolah,Sudah sudah la memburuk buruk kan bangsa sendiri kat sekolahtu rata rata pekerjanya melayu islam jangan rosakkan periuk nasi mereka siasatlah dulu sebelum nak berhujah tu jgn memalukan orang2 melayu yg rata2nya guru disitu lihat cerita sebenar  sebaliknya PM amat memuji TPM yang mengatakn akan menyiasat perkara ini dibawah 


SHAH ALAM SH– Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pentadbir sekolah di Sungai Buloh yang didakwa mengarahkan pelajar bukan Islam makan di dalam bilik air sekolah tersebut.

Menurut Rafizi, perbuatan itu dikhuatiri mengundang fitnah kepada Islam yang meminggirkan kebajikan dan hak agama lain.

“Pentadbir sekolah yang buat keputusan murid bukan Islam makan di dalam bilik air wajar ‘disekolahkan’ kerana ia dikhuatiri akan mengundang fitnah terhadap Islam.

“Tak kira la bilik air ke, bilik persalinan ke, tandas ke... tidak ada alasan arah murid makan di situ. Boleh buat khemah pun kalau tidak cukup tempat,” katanya menerusi laman Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden pelajar bukan Islam diminta makan di dalam bilik air sebuah sekolah.

Di media sosial Facebook (FB) hari ini tersebar gambar-gambar beberapa pelajar bukan Islam di sebuah sekolah di Sungai Buloh sedang makan pada waktu rehat di sebuah bilik yang didakwa sebagai tandas.

Gambar tersebut juga didakwa disebarkan oleh ibu bapa pelajar terbabit.

Sementara itu, berhubung isu sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) menyiasat insiden tersebut.

Muhyiddin menegaskan, beliau tidak akan berkompromi berhubung isu tersebut.

"Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah untuk menyiasat isu pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas.

"Tindakan tegas akan diambil jika ada asas," katanya lagi.



Dipetik daripada http://www.mazidulakmal.com/2013/07/pembetulan-fakta-dakwaan-kononnya.html

Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR. Berita itu kini tersebar secara meluas di media sosial.
Saya ingin MEMPERBETULKAN dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada saya kira-kira 30 minit tadi.
“Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka,” ujar sumber.
12
“Mengapakah mereka tidak makan di kantin?,” soal saya.

“Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera,” jawabnya.

Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air, mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas?
Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.

“Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu,” pinta saya.
Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.

Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.

Bukankah molek JIKA blogger Amenoworld terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit. Alhamdulillah, saya telah menghubungi pihak berkaitan sebelum memaparkan entri ini.Bilik air dan bilik persalinan, berbeza.

Tiada ulasan: