Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 17 Julai 2013

ALVIN&VIVIAN MAKLUMKAN KEPADA POLIS UNTUK SERAH DIRI DALAM MASA TERDEKAT BERSAMA PEGUAM

KUALA LUMPUR - Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee akan hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam masa terdekat bagi membantu siasatan polis berhubung gambar yang mempersenda Ramadan di Facebook mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pasangan itu akan hadir bersama peguam mereka.
"Mereka hanya memaklumkan kepada polis untuk serah diri di Bukit Aman,
namun cubaan anggota kami untuk menghubungi mereka gagal," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Pasangan berkenaan mempersenda Ramadan apabila memuat naik gambar sedang makan hidangan khinzir, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial facebook baru-baru ini.
Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan pasangan itu agar tampil menyerah diri bagi membantu siasatan polis. - Bernama

Tiada ulasan: