Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 19 Jun 2013

KENYATAAN HUSAM WAJIB KITA TENTANG KERANA JELAS BERTENTANGAN DARI APA YG DIBAWA AHLUS SUNNAH WALJAMAAH !!!!

Bahaya kenyataan Husam yg mendakwa''Andaikata kita terkorban atau satu antara kita terkorban.Insya Allah  ia mati Syahid
Apa sudah jadi dengan Husam ni?Bahaya sungguh kenyataan yang Beliau buat ini sehinggakan jika kita amati berkemungkinan boleh mencetus situasi yang rumit apabila para penyokongnya ini bertindak diluar kawalan akibat terpedaya dengan dakyah yg di bawa husam ini dengan merusuh demi kononnya mereka ini akan mati syahid fisabililah walhal tidak layak sama sekali bagi parti Pas ini mendapatkan Syahid kerana mempertahankan sebuah parti yang dasarnya tiada bertepatan dengan Islam sebenar yang di peruntukkan oleh Ahlil Sunnnah Waljamaah dan paling menyedihkan Pas hanyalah sebuah parti menoriti di Malaysia ini

Bagi Admin apa yang diucapkan Husam ini Amat bahaya dan boleh merosakkan Akidah Umat Islam khususnya penyokong Pas kerana apabila berlaku rusuhan atau kematian anda bukan nya mati syahid malah akan mati dalam keadaan yg amat berdosa kerana jika kita mengikuti ajaran yang dibawa oleh Ahlil Sunnah Waljamaah kita akan tahu bagaimana Salah satu prinsip di dalam i’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemerintah (pemimpin) di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana yang telah dijelaskan melalui tulisan sebelumnya.


Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada:

1 - Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan,

2 – Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka,

3 - Tidak mentaati mereka dalam urusan atau perintah bermaksiat kepada Allah,

4 - Membenci maksiat yang mereka lakukan dan mengingkari keburukan yang mereka lakukan dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i,

5 - Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka walaupun mereka bertindak buruk dan zalim. Ini adalah selagi mana mereka masih tetap menegakkan syi'ar solat dan tidak dilihat padanya kafir bawaahan.

Mentaati Pemerintah Adalah Sebahagian Ciri Taqwa dan Tanda Ketaatan Kepada Allah serta Rasul-Nya

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي

“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)

Beliau juga bersabda:

أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وان كان عبدا حبشيا

“Aku wasiatkan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan patuh serta taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi.” (Hadis Riwayat Ahmad, 28/373, no. 17144. Ad-Darimi, 1/57, no. 95. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)

Dalam riwayat Imam Muslim, Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu menyebutkan:

إِنَّ خَلِيلِي أَوْصَانِي أَنْ أَسْمَعَ وَأُطِيعَ وَإِنْ كَانَ عَبْدًا مُجَدَّعَ الْأَطْرَافِ

“Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) memberi wasiat kepadaku supaya patuh dan taat walaupun yang memimpin adalah seorang hamba yang cacat (hina).” (Hadis Riwayat Muslim, 9/367, no. 3420)

Kaedah asalnya, seseorang hamba atau orang yang cacat tidak boleh dilantik menjadi pemimpin. Tetapi apabila ianya telah berlaku dengan sebab-sebab yang tertentu, maka ia tetap wajib ditaati dan diperakui kepimpinannya.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa mentaati pemimpin adalah salah satu sebab mendapat jaminan Syurga. Ini adalah sebagaimana kata beliau:

سمعت رسول الله وخطبنا في حجة الوداع، وهو على ناقته الجدعاء، فقال: أيها الناس. فقال رجل في آخر الناس: ما تقول أو ما تريد؟ فقال: ألا تسمعون: إنه لا نبِي بعدي، ولا أمة بعدكم، ألا فاعبدوا ربكم، وصلوا خمسكم، وصوموا شهركم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بِها أنفسكم، وأطيعوا أمراءكم تدخلوا جنة ربكم

Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan khutbah pada haji al-Wida’ dalam keadaan baginda menunggang untanya yang kepenatan. Sabda beliau, “Wahai manusia!” Kemudian, seorang lelaki di belakang berkata, “Apakah yang engkau perkatakan atau mahukan?” Sabda Rasulullah, “Adakah kamu tidak mendengar, sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku dan tiada lagi ummat selepas kamu. Ketahuilah, hendaklah kamu sentiasa mengabdikan diri kamu kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu, berpuasalah kamu pada bulannya, tunaikanlah zakat dengan harta kamu, berbuat baiklah terhadap diri kamu, dan taatilah pemimpin kamu, pasti kamu akan memasuki Syurga Tuhan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 36/487, no. 22161. Tahqiq Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat Imam Muslim. Diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi dan katanya hasan sahih)sambungan bacaan sila klick dibawah..

Ahlus Sunnah wal-Jama’ah bersepakat berkenaan kewajiban mentaati pemimpin dan pihak berkuasa. Mereka juga mewajibkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pemimpin selagi mana ianya tidak bertentangan dengan dalil-dalil syara’. Ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

فلا طاعة في المعصية، إنَّما الطاعة في المعروف

“Janganlah kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma’ruf.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/218, no. 6716)

Perkara ma’ruf di sini adalah merujuk kepada urusan yang bukan maksiat dan bukan kemungkaran. Sama ada ianya perkara yang diwajibkan agama, yang disunnahkan, ataupun yang diharuskan (mubah). Sekiranya masyarakat diperintahkan supaya melaksanakan perkara-perkara yang diharuskan (tidak dilarang agama), maka hukum mentaatinya adalah wajib. Sebagai contoh, hukum mematuhi undang-undang jalan-raya yang digubal oleh pihak berkuasa adalah wajib selagi mana ianya bukan maksiat walaupun ianya tidak pernah diwajibkan oleh syara’ secara khusus.

Imam al-Mubarakfuri rahimahullah berkata,

الإمام إذا أمر بمندوب أو مباح وجب
“Apabila seseorang pemimpin memerintahkan sesuatu yang sunnah atau mubah (harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul Ahwadzi, 5/298)

Pssstt...Admin berharap sangat Umat Islam diMalaysia ini berbaliklah kepada Alquran dan Sunnah kerana itulah jalan2 yang lurus dan benar dan janganlah terpengaruh dengan Fatwa2 yang direka Oleh mereka yang berjuang dalam Politik tak kiralah dia seorang yang pandai berhujah dalam Ceramah2 dan lawaknya tetapi jika apa yang disampaikannya bercanggah dari segi hukum Ahlul Sunnah Waljamaah hendaklah kita tolak mentah2 kerana mereka ini jelas berhujah atas kepentingan Parti mereka sahaja Wallahuaklam....

Tiada ulasan: