JIKA KHIRI TIDAK MEMPERTHANKAN JAWATANNYA ADMIN BERHARAP SEMOGA TUN FAISAL DAPAT MENGGANTIKAN BELIAU ATAS DASAR SEMANGAT JUANG YG JITU PADA TUN FAISAL
Bersama-samalah kita menunggu apakah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya itu pada pemilihan parti kali ini dan jika Beliau bertindak untuk tidak akan cuba mempertahankan jawatannya itu pun Admin lihat agak baik juga kerana tugas Beliau sebagai Menteri Blia Dan Sukan perlu diberi keutamaan tetapi jika Beliau hendak meneruskan hasratnya Admin rasa pun boleh juga tetapi agak berat juga jdual kerja Beliau kerana banyak Masaalah perlu diselesaikandidalam jawatan yang disandang beliau.
  
Walau bagaimana pun beliau akan memberikan jawapannya dalam masa yang terdekat ini katanya pada hari ini Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding
  
"Saya sedia maklum cadangan dibuat rakan dalam jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno yang tidak mahu jawatan itu dipertandingkan dan meminta supaya saya terus pegang jawatan itu.
  
"Sama ada saya akan bertanding pada pemilihan kali ini, itu saya akan umumkan kemudian," katanya kepada pemberita pada majlis penajaan Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di pejabatnya di sini hari ini.
  
Beliau berkata atas dasar demokrasi yang diamalkan Umno sejak sekian lama beliau mengambil sikap terbuka terhadap pertandingan ketua Pergerakan itu.
  
Malah, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding.