Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 21 Mei 2013

TAKSUB POLITIK HINGGA SANGGUP MELAYU NI SAMA2 MENYALAKAN LILIN BERSAMA PADERI ??


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIH

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!

[2] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

[3] “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

[4] “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

[5] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

[6] “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


JANGANLAH KITA TAKSUB BERPOLITIK HINGGA SANGGUP BERSAMA2 AGAMA LAIN MENYALAKAN LILIN BERSAMA SEORANG PADERI BIARLAH MEREKA DENGAN CARA MEREKA DAN KITA DENGAN AGAMA KITA SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERIKAN PETUNJUK PADA MEREKA.. !!!!!

Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah saja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami tuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah saja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Al -Mumtahanah [60] : 4-5)

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.

Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.

Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.

Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.

Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.

Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.

Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.

Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.

Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.

Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.

Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.

Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.

Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.

Tiada ulasan: