Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 27 Mei 2013

MALAYSIA INSIDER MENAFIKAN AKAN TUTUP HUJUNG BULAN INI !!!


SHAH ALAM: The Malaysian Insider menafikan spekulasi itu melalui Pengarang Berita The Malaysian Insider, Amin Iskandar menjawab dengan mengatakan ''The Malaysian Insider menafikan spekulasi yang bertiup kencang bahawa portal berita itu akan ditutup pada hujung bulan ini dan kakitangannya akan diserapkan kepada Kumpulan Redberry.

Dan dakwaan tersebarnya Kumpulan Redberry yang sedang mencari rakan kongsi ekuiti bagi mengembangkan perniagaan media kumpulan itu bagaimanapun tidak akan membabitkan portal berita berkenaan.
 
"Mana ada The Malaysian Insider tutup, mana ada jual kepada Red Berry, saya sudah katakan banyak kali tiada," katanya ringkas kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.
 
Terdahulu, sumber Antarapos memberitahu Kumpulan Redberry itu akan mengambil portal The Malaysian Insider bermula secara efektif 1 Jun ini.
 
Redberry bermula awal tahun ini giat mencari rakan kongsi syarikat media yang boleh berkongsi visi yang sama dan maju ke hadapan bagi mengembangkan operasi mereka.

Tiada ulasan: