Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 8 Mei 2013

Dua lelaki disyaki sebar kenyataan fitnah, hasutan di laman sosial ditahan


Sejak kebelakangan ini banyak kenyataan -kenyataan berbaur fitnah dan yang lebih merisaukan kita ialah terdapat unsur hasutan dilaman-laman sosial facebook dan tweeter tetapi nasib baiklah pihak berkuasa peka dengan keadaan semasa kerana ianya jelas boleh memporak purandakan Negara kita  ini terbukti apabila pihak Polis hari ini menahan dua lelaki tempatan
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, suspek pertama berumur 38 tahun, ditahan tengah hari ini di Klang kerana disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di Facebook.
"Suspek kedua yang berusia 33 tahun, ditahan di Taman Danau Kota, Setapak kira-kira 4 petang tadi, kerana dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di akaun Twitter miliknya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek pertama yang merupakan usahawan, disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998/Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya.
Katanya suspek kedua disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998/Seksyen 4(1) Akta Hasutan, yang boleh dikenakan penjara tidak melebihi setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya.
"Antara barangan milik suspek yang dirampas ialah tiga komputer riba, lima telefon bimbit, empat kad memori,” katanya sambil menambah kedua-dua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan.
Modus operandi mereka adalah menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter sebagai platform utama untuk menyebar maklumat berunsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat keselamatan negara.
Beliau menasihatkan pengguna media sosial agar mendapatkan fakta yang tepat sebelum memuat naik ke blog masing-masing, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Tiada ulasan: